TINDAKAN seorang peniaga menjalankan operasi perniagaannya di simpang jalan raya di Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini mengundang kebimbangan orang awam.
Ia selepas tularnya video dimuat naik peniaga terbabit di akaun TikToknya @farhandozenn yang memaparkan situasi tersebut.
Menerusi video sama, kelihatan barisan pelanggan sedang beratur untuk membeli nasi lemak jualannya yang panjangnya sehingga ke garisan lintasan pejalan kaki.
BACA LAGI: Warga asing bebankan hospital awam, KKM perlu cari jalan efektif selain kaedah insurans — MMA
Lokasi perniagaan yang dilihat memberi risiko terhadap pelanggannya.
Bukan itu sahaja, lokasi gerai kecilnya itu juga menimbulkan pertikaian warga maya kerana dilihat mengancam bahaya kepada pelanggan dan pengguna lain.
Namun, apa yang lebih membangkitkan kemarahan apabila peniaga lelaki itu seolah-olah tidak dapat menerima teguran yang diberikan oleh sesetengah warganet.
"Kacau awak ke baby? Cuba datang depan-depan kalau berani," antara responsnya di ruangan komen video tersebut.
@farhandozenn SEDAP SANGAT KE SAMBAL 4 PAGI NI.TAK KAN SEBAB SAMBAL PUN BOLEH BERGADUH ?! #fyp #fypシ #fypシ゚viral #nasilemakviral #nasilemak4pagi #unikl #maximcitylightsentul #paannasilemak4pagi #nasilemaksambalpadu #paan #masukberanda ♬ original sound - 4 AM LEGACY
Antara komen yang diberikan rata-ratanya menasihatkannya agar tidak menjalankan perniagaan di lokasi berbahaya dan mengganggu laluan pengguna jalan raya.
"Dekat simpang juga la nak buka meja, kacau juga hari itu nak keluar beratur sampai atas jalan. Boleh ubah pergi depan sikit rasanya," komen @seliparjepun.
"Malang tak berbau abang. Kalau datang pemandu mabuk, tak jadi apa orang-orang yang beratur. Ni bagi nasihat sebelum jadi apa-apa.
"Terima nasihat, cuba perbaiki. Bukannya diajuk," saran @a.
"Orang bagi nasihat dibuat main. Salah tetap salah. Bila jadi apa-apa mula la buat video minta maaf letak lagu sedih, nak menangis air mata tak keluar," tulis @MALAYSIAVIRALLL.
Sementara itu, difahamkan peniaga berkenaan menjual nasi lemak secara kecil-kecilan pada pukul 4 pagi di lokasi tersebut.
Setakat ini, belum ada sebarang maklum balas mahu pun kenyataan lanjut daripada peniaga terbabit berhubung perkara berbangkit itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram