Awas kaki cop parkir! Malaysia boleh tiru sistem 'cup suction' ajar pemandu tiada sivik


  • Massa
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Malaysia boleh mencontohi langkah China untuk menggunakan sistem 'cup suction' sebagai inisiatif menangani isu cop parkir.

KEMUDAHAN awam seperti petak parkir disediakan khas buat pemilik kenderaan meletakkan kenderaan masing-masing agar tidak mengganggu pengguna jalan raya lain.

Pun begitu, setiap kemudahan pastinya disertakan dengan peraturan atau undang-undang tersendiri bagi memastikan ia dapat digunakan dengan baik oleh seluruh masyarakat.

Peraturan itu juga semestinya berbeza mengikut negara lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

BACA LAGI: Sikap 'boleh je' punca budaya cop parkir PPR 'tidak nampak bayang' akan selesai

BACA LAGI: Tragedi nikmati panorama semulajadi, suami isteri lemas dibawa arus deras di China

Screenshot (2935)

Surat saman yang selalu diberi jika melanggar peraturan parkir di Malaysia. — Gambar hiasan

Jika di Malaysia, terdapat beberapa isu boleh dikaitkan dengan masalah parkir iaitu sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki atau orang kelainan upaya (OKU).

Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan rakyat biasa, tetapi pernah juga terjadi pada seorang ahli politik apabila melakukan kesilapan sama.

Berdasarkan hukuman yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia rata-ratanya adalah dengan meletakkan surat saman atau kompaun di cermin kereta dan tunda menggunakan kunci.

Individu terkait juga boleh didenda sekurang-kurangnya RM200 sekiranya meletakkan kenderaan di laluan OKU.

Namun, selain mengenakan kompuan, kerajaan Malaysia berkemungkinan boleh menggunakan cara lain untuk memberi pengajaran kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.

2821459

Terdapat segelintir masyarakat yang secara bersahaja meletakkan kereta di laluan pejalan kaki. — Gambar hiasan/Twitter

Mengambil contoh beberapa negara antaranya di China, sistem digunakan pihak berkuasa mereka sedikit berbeza dan unik pada masa sama mengajar pengguna lebih berdisiplin.

Mereka memilih untuk mengambil tindakan memalukan pengguna dengan meletakkan cawan sedutan pada pintu pemandu sebagai alat untuk mengira kompaun yang dikenakan.

Ia bagaimanapun tidak menghalang pemandu untuk memandu kereta miliknya.

Alat tersebut juga dilengkapi dengan alat pengesan lokasi Global Positioning System (GPS) dan tidak akan dapat dialihkan apabila individu tersebut selesai membuat pembayaran denda sehingga selesai.

Bukan itu sahaja, China juga bukan kali pertama memilih sistem sedemikian, malah pernah mengaplikasikan sistem pengecaman muka bagi mengesan pengguna yang melanggar peraturan.

2737198

Isu cop parkir yang semakin parah di Malaysia. — Gambar hiasan

Pengecaman muka melalui kamera itu kemudiannya dipaparkan pada skrin besar yang dipasang di tepi jalan raya.

Ia secara tidak langsung dapat mengubah sikap para pengguna kenderaan di negara tersebut.

Sekiranya sistem itu diaplikasikan di Malaysia, ia mungkin akan membawa perubahan positif kepada rakyat tempatan sekali gus dapat menyelesaikan isu cop parkir di kawasan rumah flat dan pangsapuri kos rendah.

Sikap menanda parkir dengan pelbagai jenis objek seperti kerusi, meja kecil, kon, pasu bunga, baldi, tong cat terpakai dan motosikal juga antara masalah sering dihadapi penduduk setempat.

Kerajaan dan persatuan penduduk pada masa sama boleh mempertimbangkan inisiatif tersebut bagi menangani masalah parkir terutamanya di kawasan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram