Fahmi Fadzil nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit


  • Primer
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Fahmi mengulas lanjut berhubung ciri kadar pertukaran yang telah dinyahaktifkan di kotak carian Google.

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan laporan media sosial bahawa beliau telah mengarahkan Google untuk menyahaktifkan widget penukar mata wangnya untuk ringgit.

“Saya tidak pernah arah Google tutup currency exchange (kadar pertukaran) di search box (kotak carian) seperti yang saudara tuduh.

"Google Malaysia telah berbuat demikian selepas perbincangan dengan Bank Negara Malaysia," kata Fahmi menerusi hantaran di laman X pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Siasatlah kalau SPRM nak siasat — Dr Dzulkefly Ahmad Indeks kebebasan media Malaysia jatuh, Fahmi Fadzil berlapang dada

BACA LAGI: [VIDEO] Siasatlah kalau SPRM nak siasat — Dr Dzulkefly Ahmad

Fahmi berkata, Google memaklumkan pihaknya masih menjalankan ujian pembekal data FX yang telah dikenal pasti.

“Pihak Google memaklumkan mereka masih menjalankan ujian dengan pembekal data FX yang dikenal pasti, dan akan kembalikan ‘widget’ itu bila mereka lebih yakin kesilapan data tidak lagi berulang,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan warganet yang menganggap sumbangan terbesar beliau sebagai menteri adalah mengarahkan Google untuk melumpuhkan ciri penukar mata wang.

Terdahulu, Fahmi pada Mac lalu menjelaskan, Google telah memaklumkan kepadanya bahawa keputusan untuk menurunkan sementara beberapa fungsi termasuk widget penukar mata wang adalah bertujuan untuk mengelakkan kesilapan dalam memaparkan kadar pertukaran ringgit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram