KEMENTERIAN Komunikasi akan merangka usaha-usaha yang lebih mapan pada masa hadapan susulan laporan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia jatuh 34 anak tangga ke kedudukan ke-107 berbanding 73, tahun lalu.
Menterinya, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukannya akan menghadam laporan berkenaan dan beliau menerima laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dengan hati terbuka.
Penurunan kedudukan Malaysia antara lain dikaitkan dengan tindakan kerajaan yang proaktif dalam menyekat hantaran atau perkongsian yang menyentuh sensitiviti kaum, agama serta raja, selain kritikan terhadap kerajaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Siasatlah kalau SPRM nak siasat — Dr Dzulkefly Ahmad
"Saya terima laporan NGO Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) ini dengan hati terbuka.
"Banyak yang perlu dimuhasabah, dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta sebaran maklumat palsu.
"InsyaALLAH saya dan pasukan akan menghadam laporan ini dan merangka usaha-usaha yang lebih mapan ke depan," katanya dalam laman X.
BACA LAGI: JPJ keluar notis panggil semula 600 unit SUV Chery Omoda 5
Kenyataan yang dimuat naik Fahmi dalam laman X.
Kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.
Bagi negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-87 diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram