[VIDEO] Penunggang motosikal cedera, 6 kenderaan rosak dirempuh pemandu ‘lalok’ di Tawau


  • 112
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Tangkap layar video memaparkan beberapa kenderaan rosak teruk selepas dilanggar suspek di Batu 3 Jalan Apas, Tawau pada Isnin.

ENAM kenderaan rosak teruk ekoran terlibat daripada kemalangan yang berpunca daripada seorang pemandu didi Batu 3 Jalan Apas dekat Tawau, Sabah pada Isnin.

Difahamkan dalam kejadian pukul 5 petang itu, pemandu berkenaan berada dalam pengaruh dadah sehingga menyebabkan dia hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian kemalangan di lokasi tersebut daripada orang awam.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita parah 8 kali ditikam di Taman Sri Muda, perompak gagal kebas apa-apa

BACA LAGI: [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak

"Suspek lelaki berusia 26 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Kenari dalam perjalanan dari arah Jalan Apas menuju ke Bandar Tawau.

"Sebaik tiba di kawasan kedai di Batu 3, suspek telah memandu secara melulu dengan merempuh tiga kenderaan yang sedang parkir dan tiga kenderaan yang sedang bergerak termasuk sebuah motosikal," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau lagi, kejadian itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal berusia 26 tahun cedera pada kedua belah tangan dan lutut.

"Siasatan lanjut mendapati, ketika kemalangan suspek memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah.

"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram