Mula-mula conteng orang lidi, siapa sangka hasil seni adik Zarra pikat hati tokoh hebat seperti Tun M, bekas KP Kesihatan


  • Massa
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Zarra yang dapat bertemu dengan Tun Mahathir ketika usianya 7 tahun.

SETIAP individu mempunyai kebolehan dan cara tersendiri untuk mengejar kerjaya impian tersendiri.

Tidak terkecuali juga dengan pelukis cilik berbakat besar, Zarra Maisarrah Mohd Zaki, 11, yang mempunyai minat mendalam dalam bidang seni dan lukisan sejak kecil lagi.

Bakat yang diasah seawal usianya dua tahun itu juga sedikit sebanyak diwarisi oleh arwah datuknya yang juga mempunyai kelebihan dalam seni.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dakwah santai tapi sampai', content creator peminat 'Gerak Khas' beri konsep unik kempen ajak ke masjid

BACA LAGI: Status hanya guru praktikal, tapi Nisaa tak lokek ilmu agar guru lama guna teknologi terkini

6165684888284547063

Lukisan Zarra ketika usianya 2 tahun.

Anak bongsu daripada lima beradik itu juga berkata, minatnya untuk melukis lebih ketara selepas melihat ibunya, Murni Ali melukis.

Kata Zara, lukisan pertama yang dilukisnya adalah hanya contengan 'orang lidi' dan tidaklah secantik seperti sekarang.

"Masa mula-mula lukis tu macam 'orang lidi' sahaja, tapi lama-lama pergi kelas dan kursus lukisan dah cantik," katanya kepada Majoriti.

Jadi arkitek

Berkongsi lanjut tentang kisahnya ketika mula menceburi bidang itu, Zarra berkata, elemen seni kerap digunakan dalam setiap lukisannya adalah berdasarkan struktur bangunan.

Menurutnya, dia lebih gemar melukis bangunan-bangunan di Jepun kerana terdapat keunikan pada struktur dan reka bentuknya yang berbeza dengan Malaysia.

"Saya banyak tengok di internet dan simpan gambar bangunan kedai-kedai di Jepun. Zarra pun suka lukis bangunan Malaysia, tapi kebanyakannya kotak-kotak dan macam bentuk terlalu biasa," katanya.

6165684888284547060

Lukisan pertama yang dilukis menggunakan pen ketika usia Zarra 6 tahun.

Katanya lagi, dia berhasrat untuk kekal meneruskan hobi tersebut demi mengejar cita-cita untuk menjadi seorang perancang bangunan atau arkitek.

Yang lebih mengagumkan, Zarra kerap menyertai program dan pertandingan melukis yang melibatkan kategori dewasa atau terbuka.

Namun baginya, usia bukan penghalang buat dirinya bersaing dengan orang yang lebih dewasa dan berpengalaman.

"Zarra tidak kekok untuk menyertai sebarang program atau pertandingan meskipun menjadi peserta paling muda.

"Zarra tak rasa pressure sangat sebab dah biasa pergi tempat awam dan bergaul dengan orang ramai.

"Saya enjoy dan banyak belajar dengan mereka kalau di pertandingan," katanya lagi.

6165684888284547064

Zarra yang kerap menyertai program-program komuniti seni.

Dengan bakat semula jadinya itu, maka tidak hairan hasil seninya sering mendapat perhatian ramai termasuk golongan berpengaruh dan entiti kerajaan.

Mungkin tidak ramai tahu bahawa banyak hasil seni anak kelahiran Terengganu disumbangkan kepada beberapa individu, jabatan dan program khas tempatan.

Antara individu yang pernah menerima hasil seninya ialah Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah ketika usianya 6 tahun.

Bukan itu sahaja, Zarra juga pernah menunjukkan lukisannya kepada Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad pada umur 7 tahun.

Antara tokoh lain yang pernah menerima hasil nukilan Zarra termasuk Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong; Pengarah Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu, Dr Norazman Alias dan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram