Majoriti taman di Johor Bahru 'tidak mesra' warga emas — Ahli Majlis MBJB


  • Massa
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Cadangan supaya taman awam lebih mesra warga emas diutarakan pada mesyuarat lembaga penuh MBJB. — Gambar hiasan

TAMAN-taman awam sekitar Johor Bahru, Johorperlu dinaik taraf supaya lebih sesuai dengan keperluan warga emas, kata Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), S Pannir.

Pannir, yang menyelia zon Teluk Danga berkata, ini penting bukan sahaja untuk kesihatan dan keselamatan warga emas, tetapi juga dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Terdapat taman permainan di Taman Tasek yang menjadi tempat warga emas beramah mesra dan melakukan beberapa aktiviti riadah.

BACA LAGI: 'Ia bagaikan jodoh', niat asal cuma nak bayar PTPTN, bekas jaguh gimnas negara guna bakat buka bisnes

BACA LAGI: Sakit kulit dihidapi jadi ilham Sarah bina Cuura, muncul jenama produk kulit sensitif dipercayai pengguna

“Namun, kemudahan di taman permainan itu tidak sesuai dengan keperluan mereka.

“Oleh itu, saya mohon taman permainan di Taman Tasek dinaik taraf untuk memasukkan kemudahan yang lebih sesuai untuk warga emas,” katanya semasa mesyuarat lembaga penuh MBJB.

Beliau berkata, MBJB perlu mempertimbangkan memasang peralatan untuk senaman ringan, menyediakan laluan pejalan kaki yang sesuai dan menambah lebih banyak tempat duduk.

Johor Baru City Council (MBJB) councillor S. Pannir giving his speech during the full council meeting. Photo credit: Johor Baru City Council (MBJB)

Pannir berkata kemudahan untuk warga tua mencerminkan komitmen majlis kepada semua pembayar kadar.

“Usaha sebegini juga boleh dilihat sebagai cerminan komitmen kami untuk memastikan semua orang dalam masyarakat dapat menikmati kemudahan awam,” katanya.

Dalam hal lain, Pannir turut mencadangkan agar MBPJ memasang papan tanda yang memaparkan nama kampung khususnya bagi Kampung Sungai Danga dan Kampung Skudai Kiri.

“Ini bukan sahaja memudahkan pengunjung mengenal pasti kawasan itu malah dapat mengukuhkan dan memelihara identiti kampung-kampung ini,” katanya.

Chan San San, yang juga Ahli Majlis bagi zon Johor Jaya dan Taman Rinting, mencadangkan MBJB menggunakan tanah rizab kerajaan dengan cara yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Johor Baru City Council (MBJB) councillor Chan San San giving her speech during the full council meeting. Photo credit: Johor Baru City Council (MBJB)

Chan berkata MBJB perlu membuat rancangan untuk menggunakan tanah rizab kerajaan untuk memberi manfaat kepada orang ramai.

“Baru-baru ini satu operasi dijalankan bersama pengerusi jawatankuasa kesihatan dan alam sekitar negeri untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di Taman Johor Jaya.

“Semasa operasi itu, kami dikejutkan dengan jumlah kereta terbiar ditinggalkan di tanah kosong. Saya harap MBJB dapat mencari cara untuk menggunakan bidang tanah ini untuk taman rekreasi atau taman komuniti di mana orang ramai boleh menanam buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Ia juga boleh digunakan sebagai kawasan parkir, yang jarang ditemui di banyak tempat atau untuk membina masjid dan sekolah,” katanya.

Datuk Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous yang juga ahli majlis bagi zon Bandar, mencadangkan MBJB membentuk jawatankuasa kecil dalam kalangan ahli majlis muda untuk merancakkan inisiatif masa depan.

Johor Baru City Council (MBJB) councillor Datuk Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous giving his speech during the full council meeting. Photo credit: Johor Baru City Council (MBJB)

Sheikh Ahmad berkata MBJB perlu menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada ahli majlis muda.

“Penggal ini ramai ahli majlis muda MBJB dan saya percaya mereka mempunyai keupayaan dan tenaga yang hebat.

“Saya mencadangkan agar MBJB membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli majlis muda yang boleh membantu memacu usaha kita untuk membawa majlis ke hadapan.

“Mereka boleh bekerjasama dengan jabatan berkaitan untuk menjalankan aktiviti, program dan inisiatif yang boleh memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. — Majoriti/VENESA DEVI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram