Semua majlis kerajaan kurangkan gula 50 peratus


  • Primer
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Kerajaan Malaysia mengurangkan penggunaan gula di setiap majlis anjurannya sebanyak 50 peratus. — Agensi

MAJLIS anjuran kerajaan selepas ini akan mengurangkan penggunaan gula sebanyak 50 peratus untuk mempromosikan gaya hidup sihat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, tindakan yang berkuatkuasa pada Khamis itu sebagai salah satu inisiatif kerajaan Malaysia bagi menghadapi penyakit diabetes atau kencing manis.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, sebanyak 15.5 peratus rakyat Malaysia menghadapi penyakit tersebut.

BACA LAGI: Platform media sosial tiada lesen boleh dijel, denda — Fahmi Fadzil

BACA LAGI: KPT komited lahirkan pelajar kelulusan STEM berpasaran tinggi dalam industri

"ia bermaksud masalah diabetes, iaitu penyakit tidak berjangkit, perlu ditangani secara menyeluruh. Maka, salah satu ikhtiar kerajaan ialah mulai hari ini, Jemaah Menteri memutuskan semua acara kerajaan akan mengurangkan penggunaan gula sebanyak 50 peratus dalam minuman.

"Semua minuman akan disediakan dengan gula tidak dimasukkan, dan kita akan mengurangkan penggunaan gula itu dalam semua acara kerajaan, termasuk mesyuarat," kata Fahmi pada Khamis.

Lembah Pantai Member of Parliament Fahmi Fadzil the Design School at Taylor’s is paving the way in creating a space for industry shakers to share their movements in a progressive education; enhancing community presence; contributing towards a safe society, and preserving the Malaysian design through the Troublemakers’ Manifesto.

Fahmi Fadzil. — The Star/SHAHRIL ROSLI

Menurut Fahmi, dia mengajak agar lebih banyak kemanisan diletakkan pada senyuman dan bukannya minuman.

Dalam masa yang sama, Fahmi mengatakan menerusi tinjauan tersebut, golongan berusia 50-59 tahun mempunyai risiko tertinggi sebanyak 28.8 peratus.

Ia diikuti dengan golongan 60 tahun ke atas (38 peratus), 40-49 tahun (15.2 peratus), 30-39 tahun (6.5 peratus) dan 18-29 tahun mencatatkan risiko terendah sebanyak 3.2 peratus. — The Star/RAHIMY RAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram