Sabah sentiasa sebahagian penting daripada Malaysia — Kementerian Luar Negeri


  • Primer
  • Isnin, 29 Jul 2024

Sabah masih negeri berdaulat di bawah Malaysia.

KEMENTERIAN Luar Negeri menyifatkan video yang tular di media sosial mengenai kedaulatan Sabah dianggap sebagai tidak berasas.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian pada Selasa, kandungan video tersebut juga mengelirukan orang ramai.

Hal ini kerana, ia mempertikaikan kedaulatan Sabah sebagai salah sebuah negeri di Malaysia.

BACA LAGI: Pertambahan laluan baharu di Jalan Tun Razak, lancarkan aliran trafik

BACA LAGI: Pembangunan semula Kampung Sungai Baru mampu hidupkan Kampung Baru semula — Zaliha

"Kementerian Luar Negeri mengambil maklum mengenai penularan satu video di media sosial yang mengandungi konten tidak berasas dan mengelirukan yang mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia.

"Kementerian ini sedang menjalankan siasatan secara mendalam dengan kerjasama Kementerian serta Agensi berkenaan berhubung perkara ini," kata Kementerian Luar Negeri.

Dalam masa yang sama, pihak kementerian dengan tegasnya menyatakan pendirian mengenai situasi tersebut.

Antaranya adalah Sabah merupakan negeri berdaulat dan sebahagian daripada Malaysia.

"Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia. Malaysia tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf mana-mana tuntutan ke atas Sabah.

"Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

"Rakyat Sabah telah melaksanakan hak penentuan nasib sendiri (self-determination) berhubung pembentukan Malaysia menerusi Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962," ujar kementerian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram