Kesihatan PM Anwar berada di tahap optimum — Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


  • Primer
  • Ahad, 11 Ogos 2024

Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Ahad.

JABATAN Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik pada tahap yang optimum.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu memaklumkan Anwar sudah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Ahad.

BACA LAGI: 'Ia bagaikan jodoh', niat asal cuma nak bayar PTPTN, bekas jaguh gimnas negara guna bakat buka bisnes

BACA LAGI: Sakit kulit dihidapi jadi ilham Sarah bina Cuura, muncul jenama produk kulit sensitif dipercayai pengguna

"Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa tahap kesihatan Perdana Menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum," ujar kenyataan terbabit.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Selangor memaklumkan Perdana Menteri kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram