Wanita maut, 2 lagi masih hilang bot memancing bertembung tongkang di Kemaman


  • 112
  • Ahad, 11 Ogos 2024

Bot memancing terbabit dilaporkan berlanggar dengan sebuah tongkang di perairan Kemaman pada Ahad.

SEORANG wanita maut lemas manakala tiga individu lagi dilaporkan hilang dalam kejadian bot memancing dan tongkang berlanggar di perairan Kemaman, Terengganu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku di kedudukan tujuh batu nautika atau 13 kilometer dari perairan Kuala kemaman pada 6.30 pagi.

Beliau berkata, bot terbabit difahamkan membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong untuk pergi memancing.

BACA LAGI: 'Ia bagaikan jodoh', niat asal cuma nak bayar PTPTN, bekas jaguh gimnas negara guna bakat buka bisnes

BACA LAGI: Sakit kulit dihidapi jadi ilham Sarah bina Cuura, muncul jenama produk kulit sensitif dipercayai pengguna

6179226095535111529

Bot terbabit difahamkan membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong untuk pergi memancing.

"Penumpang bot terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita berusia antara 23 hingga 79 tahun. Mereka berasal dari Raub, Pahang dan Gombak, Selangor.

"Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang wanita, yang hilang pula dua lelaki dan seorang wanita, manakala tiga lelaki dan dua wanita terselamat.

"Kesan perlanggaran itu menyebabkan bot nelayan terbalik lalu karam, kita masih mengesan tongkang yang terlibat dalam pelanggaran itu,” katanya.

Hanyan berkata polis sedang mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan operasi mencari mangsa yang hilang sedang giat dijalankan.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Hanyan berkata, mayat kedua mangsa tragedi bot karam melibatkan bot nelayan dan sebuah tongkang dijumpai sekitar pukul 1 tengah hari di perairan Kemaman,

Beliau berkata, mayat Shahril Ismail, 50, dijumpai pada jarak lima batu nautika dari lokasi kejadian.

Pada masa sama, beliau berkata, mangsa pertama yang dikenali sebagai Siti Zamimah, 26, dijumpai jam 7 pagi bersama lima individu lain yang terselamat.

Menurutnya, setakat ini dua lagi mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Yussoff, 66, dan Aina Husna Mohamad Husani, 25.

Lima mangsa terselamat ialah Saipul Ridzuan Osman, 50; Rosnawi Harun, 50; Mat Ali Alahan, 66; Haziah Harun, 63 dan Ain Farhana Mohamad Husani, 30. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram