SUSPEK utama pembunuhan tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor pada Jumaat lalu dipercayai melarikan diri ke daerah berhampiran dengan menaiki motosikal berwarna merah, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, yang juga ahli keluarga mangsa melarikan diri selepas melakukan pembunuhan dan membakar rumah.
“Suspek masih berada di Johor dan polis tidak menolak kemungkinan dia bersembunyi di daerah berhampiran,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Raiz Mukhliz berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sejarah jenayah dan dia mungkin bersembunyi di Tangkak, Segamat atau Batu Pahat.
Azman didakwa membunuh ibu bapanya, Ara Abdul Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak saudaranya Noradriana Nor Hasyim, 11, dalam kejadian 1.30 pagi itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram