Undi18: Anak muda dan Gen Z miskin kritis, terperangkap dalam dunia sendiri


  • Politik
  • Ahad, 21 Jul 2024

Kurang pemikiran kritis juga dapat membuat mereka mudah terpengaruh dengan aspek material, seperti teknologi digital yang sering digunakan dalam kempen politik, atau video kutipan dana di paparan internet. — Gambar hiasan/THE STAR

SETELAH sekian lama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghadkan umur mengundi pada umur 21 tahun, namun pada tahun 2019 rang undang-undang telah diluluskan di Parlimen untuk menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun di bawah kempen #Undi18.

Justeru, pentingnya pemikiran kritis yang bertujuan untuk mengelak berat sebelah dengan melihat sesuatu perkara dan menilainya dari sudut pandang yang pelbagai sama ada baik, buruk ataupun neutral.

Manakala dalam Islam, selain daripada melihat perkara dari pelbagai sudut, kita juga perlu mencari kebenaran dengan menggunakan Al-Quran sebagai pembeza haq dan batil dan hadis.

BACA LAGI: Apabila pendidikan ‘diniagakan’, status pelajar bertukar jadi pelanggan dibebani hutang

BACA LAGI: Tak sanggup hilang kawan kerana teguran, mahasiswa perlu buang mentaliti ‘kubur aku kubur engkau’

Malangnya, melalui Undi 18 yang lepas, ramai golongan muda yang kemiskinan pemikiran kritis ketika memilih pemimpin kerana jarang menggunakan akal fikiran dengan lebih kerap.

Walaupun sistem pendidikan telah menyelaraskan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk memupuk pemikiran kritis, malangnya inisiatif ini tidak memberi apa-apa signifikan kepada perkembangan tahap pemikiran kritis golongan muda dalam membuat sebarang keputusan.

Oleh itu, golongan muda ini hanya menerima tanpa tabayyun atau memahami dengan mendalam tentang apa yang mereka pelajari.

Undi 18 is part of the Vote Malaysia Movement, a coalition of Malaysian youth groups working to coordinate postal voting for overseas voters.

Para pelajar di Malaysia perlu diberi ruang untuk mereka menilai persekitaran kehidupan mereka seperti membuka ruang perdebatan untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat agar mereka dibekalkan asas dan kemahiran untuk membuat keputusan yang tepat, adil serta mengambil ibrah dari impak dari keputusan tersebut.

Hal ini dapat mengelakkan para pelajar menerima apa-apa dengan membuta tuli tanpa sebarang soal selidik.

Dengan izin-NYA, ruang dan peluang ini wujud melalui subjek teras universiti UNGS 1301 dan 2290 di mana mahasiswa dibiasakan dengan suasana kritis dan kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran.

Seterusnya, kebanyakan belia atau generasi Z kini menagih instant gratification (balasan segera) terhadap sesuatu perkara yang mereka lakukan.

Mereka memerlukan kepuasan dalam kehidupan dan keputusan yang mereka lakukan hendaklah diberi ganjaran dan pengiktirafan.

Belia kini memerlukan hasil dan keputusan yang cepat dan pantas, walhal bagi memastikan sesuatu keputusan itu dibuat dengan betul dan tepat memerlukan usaha mereka untuk mencari kebenaran (haq) iaitu berpandukan Al-Quran dan Hadith supaya tidak tersimpang dari kebenaran ALLAH S.W.T.

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos -- Pengundi-pengundi muda (dari kanan) Nor Atikah Yussof, 22, Nur Ain Natasya Mohd Azam, 22, Nur Aina Athirah Mohd Rezaili 22, Nur Shafikah Shamsul Bahri, 20, ceria selepas menunaikan tanggungjawab dengan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar hari ini.Seramai 923,857 rakyat Terengganu layak menunaikan tanggungjawab memilih parti politik bagi membentuk kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun dan daripada jumlah itu seramai 122,160 pengundi mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Proses mencari kebenaran ini sememangnya mengambil masa yang lama dan memerlukan tabayyun yang teliti, akan tetapi proses ini dapat membina kematangan dalam diri belia untuk membuat sesuatu keputusan terutama dalam memilih pemimpin yang ‘deserving’ bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, isu miskin kritis dalam kalangan golongan muda juga sering kali disebabkan oleh fenomena self-interaction kerana terperangkap dalam dunia sendiri sehingga mengakibat mereka enggan membaca atau melakukan penyelidikan terlebih dahulu, yang memerlukan usaha dan kesabaran.

Keterbatasan interaksi sosial dan kurangnya dialog inkuiri yang bermakna juga turut menyumbang kepada masalah ini. Dampaknya, pemuda menjadi kurang atau tidak terdedah kepada pandangan yang berbeza dan maklumat yang boleh membentuk pemikiran kritis mereka.

Di samping itu, kurangnya pemikiran kritis dalam kalangan muda yang mengundi pada usia 18 tahun boleh mengakibatkan mereka menjadi mangsa manifesto politik atau badan NGO tanpa menyaring maklumat secara kritis.

Mereka lebih cenderung untuk mudah mempercayai janji-janji politik, aktiviti sosial, sumbangan yang didermakan tanpa melihat rekod sebenar atau menilai kesesuaian cadangan tersebut secara realistik.

Hal ini dapat mengakibatkan mereka memilih parti atau pemimpin berdasarkan janji-janji tanpa pertimbangan yang matang terhadap implikasi atau kemungkinan pelaksanaannya.

For undi 18 news story. Posed photo of few fingers pointing at the Undi 18 logo - RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Sehubungan dengan itu, kurangnya pemikiran kritis juga dapat membuat mereka mudah terpengaruh dengan aspek material, seperti teknologi digital yang sering digunakan dalam kempen politik, atau video kutipan dana di paparan internet.

Pendedahan yang berlebihan kepada media digital dan sosial juga boleh menyebabkan mereka mudah teralih perhatian dari isu-isu politik yang menjadi pokok permasalahan.

Contohnya, masih ada golongan yang membela nasib menteri yang dijatuhi hukuman penjara kerana pernah memberi bantuan kepada rakyat.

Akibatnya, keputusan mengundi lebih dipengaruhi oleh elemen visual dan perasaan semasa berbanding analisis yang teliti dan terperinci terhadap dasar-dasar politik yang sepatutnya memberi keadilan kepada semua penghuni bumi.

Dalam meneliti kembali zaman Islam, kita melihat contoh inspiratif daripada sahabat seperti Siti Aisyah, isteri Rasulullah SAW yang muda pada zaman tersebut tetapi telah menunjukkan betapa pentingnya golongan muda menyumbang dalam masyarakat.

Siti Aisyah dikenali dengan ciri-ciri pemikiran kritisnya yang amat menonjol, di mana beliau sentiasa ingin memahami dengan mendalam ajaran islam dan bertanyakan soalan yang bermakna kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan pemahaman yang jelas dan menyeluruh.

Kecerdasan dan sifat ingin tahu beliau menunjukkan pentingnya pemikiran kritis dalam menilai, memahami dan menerapkan ilmu wahyu.

JOHOR BAHRU, 9 Sept -- Pengundi muda menunjukan jari berdakwat selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Kecil P.161 Parlimen Pulai di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kempas hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dalam masa yang begitu muda, beliau menjadi rujukan umat, berbeza dengan sekarang dimana anak muda tidak menjadi contoh yang baik kepada generasi akan datang. Mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara buruk berbanding menjadi teladan.

Peribahasa “bapak borek anak rintik” mengajar kita tentang warisan kebijaksanaan yang perlu dipertahankan dan dipelihara. Pemilihan pemimpin adalah cerminan dari rakyat yang memilih.

Sebagai mahasiswa, kami menyarankan pemuda yang kritis dalam menilai calon pemimpin serta mampu membezakan antara kaca dengan permata amat diperlukan agar golongan ini tidak mudah tertipu dengan luaran yang kelihatan baik sahaja.

Oleh itu, kami mengesyorkan latihan pemikiran kritis di adakan di dalam kelas dan setiap kursus di universiti, perbincangan dan pembacaan dari sumber-sumber yang berbeza perlu digalak dan diasah, disusuli latihan praktikal seperti debat projek penyelidikan dan memberi ulasan kritis tentang sesuatu buku, penulisan atau pun polisi.

Secara tidak langsung, pengurusan emosi juga akan menjadi lebih baik apabila penilaian secara rasional tanpa bias diterapkan dan ditingkatkan dalam golongan ini. Hal ini selari dengan ajaran Islam yang mementingkan penggunaan aqal yang betul. — Majoriti

Asyikin Aqilah Amiera merupakan pelajar Kursus UNGS 2290 Knowledge and Civilisation, UIAM Pagoh.

*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti.*

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram