DUA kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak Jumaat disahkan selamat selepas kedua-duanya dihantar pulang ke kediaman mereka di Johor Bahru, Johor pada Sabtu.
Muhammad Putra Adryannish dan Tsaqif Umar yang masing-masing berusia 12 tahun difahamkan hilang selepas keluar menunaikan solat Maghrib di masjid berhampiran kawasan rumahnya.
Namun, kehilangan itu difahamkan berpunca selepas kedua-duanya tertidur di rumah kawannya sebelum dihantar pulang.
BACA LAGI: Polis Kota Tinggi kesan remaja perempuan berambut perang, hilang sejak Jumaat
BACA LAGI: [VIDEO] 'Budak itu bukan anak saya,' ipar maut 'in real life' wujud di Pulau Pinang
Perkara itu disahkan penjaganya, Nurul Aini menerusi laman Facebook pada Sabtu.
"Alhamdulillah dah jumpa, katanya tertidur di rumah kawan, terima kasih semua.
"Tadi dapat panggilan telefon katanya dia pergi rumah kawan dekat Sri Amar, tertidur rumah tu, bangun pagi takut nak balik sebab muka dah viral.
"Ada orang nampak dan tolong hantarkan balik," katanya.
Baru-baru ini, seorang remaja perempuan, Siti Nur Balqiesh Rasid, 17, yang dilaporkan hilang di Kota tinggi, Johor pada Julai lalu ditemukan selamat di Pasir Gudang, Johor.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora dilaporkan berkata, mangsa dijumpai orang awam di sebuah kedai makan berhampiran hentian bas di Pasir Gudang.
Husin berkata, Siti dikesan keluar dari rumahnya di Bandar Penawar kira-kira pukul 7 malam dipercayai merajuk kerana mahu menukar kursus yang diambil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram