
REMAJA berumur 14 tahun yang ditangkap kerana menceroboh dan menyamar sebagai kakitangan hospital menyebabkan pelanggaran keselamatan yang boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan dan nyawa pesakit, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
MMA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius kejadian yang berlaku di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) di Serdang, Selangor.
Pelanggaran keselamatan itu berpotensi membahayakan kesihatan dan nyawa pesakit.
BACA LAGI: Bekas komando kongsi cara 'survive' dalam hutan, cuma berbekalkan 2 pek beras
BACA LAGI: Penculikan budak 6 tahun bukan secara rambang, polis dedah mangsa sudah lama diperhatikan
Pelanggaran keselamatan yang berlaku di hospital ekoran kes penyamaran seorang remaja sebagai kakitangan, berpotensi membahayakan kesihatan dan nyawa pesakit. — Reuters
"Kami menggesa pihak berkuasa untuk memperketatkan sistem keselamatan, khususnya mengenai pengenalan kakitangan, bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.
"Keselamatan dan privasi pesakit mesti kekal sebagai keutamaan tertinggi pada setiap masa,” kata MMA.
Kementerian Kesihatan mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati remaja tersebut menggunakan kad pengenalan palsu untuk menyamar sebagai anggota kakitangan hospital.
“Pada 7 Ogos lalu, pihak pengurusan hospital menerima laporan mengenai kelakuan mencurigakan seorang individu yang didapati menyamar sebagai kakitangan hospital.
"Mereka segera bertindak atas laporan itu dan mengenal pasti individu tersebut sebelum laporan polis rasmi dibuat,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
MMA menggesa pihak hospital untuk menyiasat perkara itu dengan teliti bagi memastikan sama ada kejadian tersebut telah menjejaskan penjagaan pesakit.
"Selain itu, kesihatan mental remaja berusia 14 tahun itu juga harus dinilai kerana ia adalah luar biasa bagi seorang remaja seusianya untuk berkelakuan sedemikian,” katanya.
Remaja itu kini direman selama dua hari sehingga Selasa depan. — The Star/IMRAN HILMY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram