
SEORANG remaja berusia 14 tahun ditangkap akibat tindakannya menyamar sebagai staf perubatan di sebuah hospital.
Kejadian yang berlaku di Sepang, Selangor itu menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan menyamar dengan memasuki ke dewan bedah.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebuah laporan polis dibuat pada 7 Ogos selepas kanak-kanak itu ditemui dalam dewan bedah.
BACA LAGI: Bekas komando kongsi cara 'survive' dalam hutan, cuma berbekalkan 2 pek beras
BACA LAGI: Penculikan budak 6 tahun bukan secara rambang, polis dedah mangsa sudah lama diperhatikan
Ketika ditangkap, remaja tersebut mengatakan yang dia adalah seorang pegawai perubatan yang mahu membantu sesi pembedahan.
"Pada 8 Ogos sekitar 8.30 pagi, pihak hospital telah mengesan individu yang sama cuba mendaftarkan diri menggunakan identiti palsu.
"Pihak hospital kemudiannya menghubungi pihak polis lalu tangkapan dilakukan," ujar Wan Kamarul Azran.
Remaja itu diberkas pihak berkuasa di lobi hospital dengan ketika itu, dia sedang membawa alatan perubatan serta menyarung landyard hospital.
Wan Kamarul Azran menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan apa-apa spekulasi untuk mengelak sebarang berita palsu tersebar. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram