Polis Kota Tinggi kesan remaja perempuan berambut perang, hilang sejak Jumaat


  • 112
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Remaja perempuan yang hilang sejak Jumaat itu mempunyai bentuk tubuh kurus dan berketinggian 165 sentimeter.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Polis Daerah Kota Tinggi, Johor dalam satu kenyataan berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Siti Nur Balqiesh Rasid yang berbangsa Melayu dan mempunyai warna kulit sawo matang.

Katanya lagi, remaja berkenaan juga mempunyai bentuk tubuh kurus dan berketinggian 165 sentimeter.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Budak itu bukan anak saya,' ipar maut 'in real life' wujud di Pulau Pinang

BACA LAGI: Polis tahan 4 remaja rogol budak perempuan bawah umur bergilir-gilir dalam kereta dan rumah di Teluk Intan

1

Tangkap layar hebahan polis Kota Tinggi berhubung kehilangan Siti Nur Balqiesh.

"Selain itu, remaja perempuan tersebut mempunyai bentuk muka bujur dan rambut berwarna perang sehingga ke paras bahu.

"Dia dilaporkan hilang pada pukul 12.49 pagi Jumaat," katanya pada Jumaat.

Orang awam yang menjumpai atau mempunyai maklumat berhubung individu tersebut boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Vincent Joseph di talian 018-377361 atau Hotline Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi 07-2228837 atau Hotline IPK Johor 07-2212999.

Mereka juga boleh tampil di mana-mana balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram