TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) berkembang dengan pantas termasuk dalam bidang penjagaan kesihatan, khususnya radiologi.
Teknologi tersebut bahkan boleh berperanan mengesan penyakit yang berkemungkinan sukar atau tidak dapat dikenal pasti melalui penggunaan mesin seperti imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (UK) menggunakan teknologi AI CaRi-Heart yang dibangunkan oleh Caristo Diagnostics, sebuah syarikat terbitan Universiti Oxford.
BACA LAGI: Sakit jantung antara punca kematian baharu 6 jemaah haji Malaysia
BACA LAGI: 23 peratus rakyat Malaysia mati akibat sakit jantung
Dengan bantuan AI, perisian analisis pengimejan perubatan itu mampu membuat penilaian imej imbasan CT untuk meramalkan risiko penyakit jantung yang dihadapi individu.
Algoritma yang mengesan keradangan koronari dan plak kemudiannya dinilai oleh pengendali terlatih untuk mengesahkan ketepatannya.
Pakar penjagaan kesihatan boleh mengesan proses biologi yang mendahului penyumbatan dan penyempitan dalam jantung.
Kemajuan model AI baharu itu juga membolehkannya mengesan keradangan dalam jantung yang tidak muncul pada imbasan CT.
Pakar penjagaan kesihatan, buat pertama kalinya, boleh mengesan proses biologi yang mendahului penyumbatan dan penyempitan dalam jantung.
Meskipun peralatan sedia ada hanya boleh menilai faktor risiko terkena penyakit secara umum, namun kewujudan teknologi AI tersebut dapat membantu golongan profesional penjagaan kesihatan mengenal pasti kewujudan penyakit berkaitan jantung dalam badan seseorang, sebelum ia mulai merebak.
Platform AI itu juga sudah diluluskan untuk digunakan di Eropah dan Australia.
Ia dipercayai dapat membuat perubahan yang meluas dalam bidang penjagaan kesihatan.
Sementara itu, saintis turut menyifatkan teknologi AI yang berfungsi untuk mengesan serangan jantung dalam tempoh 10 tahun akan datang sebagai satu game changer.
Sebuah projek perintis disokong oleh Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) England telah dijalankan di lima hospital yang boleh dipercayai iaitu di Oxford, Milton Keynes, Leicester, Liverpool dan Wolverhampton.
Keputusan penggunaannya dalam NHS dijangka dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
BHF pada awal tahun lalu menganggarkan kira-kira 7.6 juta orang menghidapi penyakit jantung di UK.
Caristo Diagnostics berkata, ia juga sudah digunakan untuk menyesuaikan teknologi bagi mencegah strok dan diabetes.
"Teknologi ini adalah transformasi dan perubahan permainan kerana buat pertama kalinya, kita dapat mengesan proses biologi yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia, yang mendahului perkembangan penyempitan dan penyumbatan (dalam jantung)," kata Profesor Keith Channon dari Universiti Oxford.
Dalam pada itu, Yayasan Jantung British (BHF) pada awal tahun lalu menganggarkan kira-kira 7.6 juta orang menghidapi penyakit jantung di UK, dengan kos tahunan NHS di England adalah sebanyak £7.4 bilion (RM42 bilion), menurut angka kerajaan.
Kira-kira 350,000 pesakit dirujuk untuk imbasan CT jantung setiap tahun di UK.
Tidak terkecuali di Malaysia, risiko penyakit jantung juga memberi ancaman yang hebat kepada masyarakat di negara ini.
Menurut laporan media pada Jun 2024, dilaporkan seramai 8.5 juta atau 35.9 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia berisiko mengalami sakit jantung dan strok sekiranya tidak segera dirawat.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menyaksikan sebanyak 41 peratus daripada penghidap sindrom metabolik itu tergolong dalam kumpulan B40, M40 (30 peratus) dan T20 (35 peratus).
Ini menunjukkan semua peringkat golongan ekonomi berisiko mendapat penyakit seperti itu, dengan kos rawatannya boleh mencecah belasan hingga puluhan ribu ringgit mengikut keadaan.
Kira-kira 350,000 pesakit dirujuk untuk imbasan CT jantung setiap tahun di UK.
Dalam hal ini, Malaysia khususnya sektor swasta juga tidak ketinggalan untuk memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan tahap keberkesanan dalam sistem penjagaan kesihatan.
Antaranya termasuk Pusat Perubatan Sunway (SMC) yang memperkenalkan teknologi pengimejan ultrasound atau sonografi yang dipertingkatkan dengan AI sebagai usaha memastikan keperluan pesakit ditangani dengan berkesan dan cekap ketika mendapatkan rawatan kecemasan.
Penolong Pengarah Perubatan merangkap Pakar Perunding Perubatan Kecemasan SMC, Dr Nur Elayni Borhan berkata, penggunaan teknologi terkini itu membantu doktor untuk membuat diagnosis dengan lebih cepat dan tepat semasa memberikan rawatan khususnya kepada mangsa serangan jantung dan strok yang datang ke bahagian kecemasan.
Menurutnya, ia sekali gus menekankan betapa pentingnya penyepaduan antara perkembangan profesional dan kemajuan peralatan dalam menambah baik hasil perawatan kecemasan.
“Seperti jabatan kecemasan di seluruh dunia, doktor kecemasan perlu membuat keputusan pantas dan ia menjadi lebih mudah dengan bantuan imej yang tepat dan jelas.
"Teknologi automatik dan peralatan mudah alih seperti mesin ultrabunyi AI membolehkan doktor menjimatkan masa dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan sebelum tindakan segera diambil.
“Ia membolehkan proses yang rumit seperti penilaian trauma menjadi lebih mudah dengan menggunakan pengiraan automatik dan memfokuskan tahap keadaan pesakit, misalnya pada jantung serta paru-paru,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram