SEORANG pelumba jet ski, dikhuatiri lemas selepas tenggelam dan hilang ketika berlatih dan menguji jentera terbabit di Sungai Terengganu dekat Taman Tamadun Islam (TTI), Terengganu pada pagi Jumaat.
Abdullah Mubin, 44, seorang mekanik dan pelumba profesional, dari Kampung Ladang pada ketika itu difahamkan sedang menguji jentera baru untuk satu pertandingan di Thailand.
Memetik laporan Berita Harian, dia yang juga bekas pemenang King's Cup Thailand 2012 itu dikatakan terjatuh dan hilang ketika mengendalikan jentera itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Jasad suami isteri membusuk ditemukan jiran Indonesia, anak langsung tak datang jenguk
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita hilang lepas COD di Lampung ditemukan mati di kebun jagung, dibungkus dalam guni
Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan bagi menemui mangsa. — Kosmo
Menurut kenyataan dari rakan mangsa, yang juga saksi kejadian, Mohd Danial Abdullah, 41, berkata, pada ketika kejadian mangsa menguji jentera berkenaan bersendirian.
"Ketika kejadian pagi tadi, dia sedang menguji jentera berkenaan yang baharu tiba sebagai persediaan untuk ke Thailand beberapa hari lagi," katanya.
Sementara itu, saksi kejadian, Rushdan Abdullah, 55, berkata, dia melihat mangsa beberapa kali membuat pusingan sebelum terjatuh kira-kira pukul 8 pagi ketika sedang bersarapan bersama keluarga di Kampung Pulau Ketam itu.
"Selepas terjatuh, saya melihat mangsa beberapa kali tenggelam timbul sebelum hilang di permukaan air.
"Saya bersama isteri dan dua anak panik melihat kejadian itu sebelum segera menghubungi bomba," katanya yang berasal dari Batu Buruk.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata, seramai 12 anggota termasuk empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya dimaklumkan seorang lelaki terjatuh ketika bermain jet ski di sungai berkenaan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 12 anggota bomba, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Pasukan Polis Marin, dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang dijalankan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram