Terdapat aspek implikasi kewangan susulan kenaikan gaji penjawat awam, bakal dibentang dalam Belanjawan 2025 — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Garis panduan berkenaan kenaikan gaji penjawat awam akan mula diedarkan bermula minggu depan. — Gambar hiasan/The Star

KENAIKAN gaji penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka sehingga 42.7 peratus melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata bahawa gambaran secara umum berhubung peningkatan gaji penjawat awam itu boleh diketahui bermula minggu depan.

Katanya, gambaran tersebut juga meliputi garis panduan berhubung perkara sama yang mula diedarkan bermula waktu itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan samun depan stesen minyak KESAS Subang Jaya, 4 suspek tempatan dicekup skuad D9

BACA LAGI: Bomba tangkap 30 ekor ular sawa beranak-pinak dalam saluran air longkang depan restoran Shah Alam

Fahmi Fadzil memaklumkan kenaikan gaji bagi golongan itu dijangka sehingga 42.7 peratus. — The Star

Beliau berkata, gambaran itu dijangka menyaksikan peningkatan gaji golongan terbabit kira-kira sekitar 15 hingga 42.7 peratus.

Kenaikan itu juga adalah untuk kumpulan pelaksana paling tinggi, manakala kumpulan seperti Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah pula menerima peningkatan lebih sederhana.

Fahmi juga mengingatkan kepada Jemaah Menteri bahawa terdapat beberapa perkara membabitkan aspek implikasi kewangan susulan kenaikan gaji penjawat awam.

Menurutnya, ia bukan hanya disuarakan dalam mesyuarat Kabinet, malah akan turut dibentang pada Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.

Itu merupakan antara usaha Kerajaan Madani untuk memastikan supaya penjawat awam dapat menikmati kenaikan gaji mereka.

Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang berusaha melaksanakan pendaftaran syarikat yang ingin menyertai program dasar gaji progresif.

Jelasnya, usaha tersebut adalah bukan sekadar meningkatkan pendapatan gaji bagi penjawat awam, malah untuk membantu sektor swasta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram