[VIDEO] Cubaan samun depan stesen minyak KESAS Subang Jaya, 4 suspek tempatan dicekup skuad D9


  • 112
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Tangkap layar video memaparkan kejadian cubaan samun berhampiran sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor pada Rabu.

EMPAT penjenayah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian cubaan menyamun berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Subang Jaya, Selangor pada awal pagi Rabu.

Memetik laporan FMT, kesemua suspek merupakan lelaki tempatan itu berjaya dicekup ketika operasi yang dijalankan polis kira-kira pukul 5.30 pagi.

Susulan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua suspek itu berumur 30 hingga 41 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya.

BACA LAGI: Mula-mula conteng orang lidi, siapa sangka hasil seni adik Zarra pikat hati tokoh hebat seperti Tun M, bekas KP Kesihatan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dakwah santai tapi sampai', content creator peminat 'Gerak Khas' beri konsep unik kempen ajak ke masjid

Katanya, keempat suspek itu juga didapati memiliki pelbagai rekod jenayah dan dadah ketika ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam.

Dalam pada itu, polis juga merampas sebuah kereta jenis Nissan Almera dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam bagi permohonan reman.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa orang individu melakukan cubaan samun berhampiran stesen minyak tersebut.

Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam), kesemua inidvidu terbabit dilihat cuba menahan dan memecah masuk beberapa buah kereta termasuk pemilik rakaman tersebut di kawasan kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram