SELEPAS cemerlang membawa Selangor FC ke pentas akhir Piala FA, Nidzam Jamil pastinya mahu mengutip tiga mata penuh dalam aksi Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada Sabtu ini.
Selangor yang akan melayani kunjungan Kelantan United pastinya mahukan tiga mata di halaman sendiri bagi merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Gergasi Merah yang tidak pernah tewas di halaman sendiri musim ini pastinya akan meneruskan rentak positif itu di hadapan penyokong sendiri.
BACA LAGI: [VIDEO] Jaring 32 gol semusim, Man United sah ikat bekas penyerang The Gunners
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 'offer' main tanpa gaji, Liridon kongsi gol mantap gandingan bersama legenda AC Milan
Penyokong kuat Selangor, Muhammad Zulhilmi Rusdi, 28, berpendapat ia perlawanan wajib menang buat Gergasi Merah apatah lagi kelab dari Pantai Timur itu tidak merekodkan prestasi baik ketika ini.
"Sudah tentu Selangor FC wajib menang ke atas Kelantan Darul Naim FC berdasarkan prestasi Kelantan yang hanya menang satu dan kalah empat perlawanan di Liga Super 2024.
"Semua perlawanan tidak boleh diambil remeh. Namun aura semangat layak ke Final Piala FA ke atas penyokong Selangor dan pemain sangat tinggi ketika ini.
"Saya menjangkakan Selangor akan bermain dengan penuh yakin dan 'all out' menentang KDN FC," katanya kepada Majoriti.
Tambahnya lagi, kehadiran Ronnie Fernandez masih diperlukan Selangor meskipun segelintir penyokong tidak mahu dia beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.
Ronnie Fernandez masih diperlukan untuk mengucar-kacirkan pihak lawan kerana dia adalah 'target-man' yang sentiasa dirantai oleh pemain pihak lawan.
"Ini memberikan ruang buat pemain Selangor yang lain untuk mencipta jaringan gol.
"Setakat ini saya juga masih berpuas hati dengan permainan yang diterapkan Nidzam Jamil.
"Saya menjangkakan Nidzam akan menurunkan barisan pemain simpanan kali ini bagi memberi peluang kepada pemain lain untuk beraksi," jelasnya.
Zulhilmi menjangka Selangor menang selesa ke atas Kelantan dengan berharap pengadil tidak mengganggu tempo permainan kedua-dua pasukan.
"Selangor akan menang dengan keputusan 4-0 Kelantan Darul Naim.
"Pengadil akan memberi sedikit kesan terhadap tempo permainan tetapi segala usaha dan corak permainan.
"Tetapi keseluruhan permaian adalah 100 peratus di atas tanggungjawab pemain itu sendiri," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram