Bomba tangkap 30 ekor ular sawa beranak-pinak dalam saluran air longkang depan restoran Shah Alam


  • 112
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Sebanyak 30 ekor ular sawa ditemukan di dalam saluran air longkang di Shah Alam, Selangor pada Rabu. — Bomba Shah Alam

SEBANYAK 30 ekor ular sawa ditemukan di dalam saluran air longkang berdekatan sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam diarahkan ke lokasi kejadian dan diketuai oleh Komander Operasi, Radziah Osman selepas menerima panggilan kira-kira pukul 9 malam Rabu.

"Pihak kami membuat size up dan mendapati benar terdapat ular sawa di saluran air longkang," menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan samun depan stesen minyak KESAS Subang Jaya, 4 suspek tempatan dicekup skuad D9

BACA LAGI: Mula-mula conteng orang lidi, siapa sangka hasil seni adik Zarra pikat hati tokoh hebat seperti Tun M, bekas KP Kesihatan

6170014404297474133

Kesemua ular sawa itu ditemukan dalam saluran air longkang. — Bomba Shah Alam

Katanya, anggota bertugas juga bertindak menangkap ular berkenaan menggunakan penjerut dan dilepaskan di tempat yang selamat.

Dalam operasi sama, pihaknya juga mendapati kesemua ular tersebut berada di dalam beberapa saluran air longkang lain di kawasan sama sebelum dikeluarkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram