Penantian pelajar SPM 10A berakhir, boleh semak status kelayakan ke matrikulasi bermula Khamis


  • Primer
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Pelajar yang menerima tawaran ke program matrikulasi boleh menyemak status lanjut bermula Khamis. — Gambar hiasan

PENANTIAN seramai 1,193 pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir selepas menerima mesej tawaran untuk memasuki program matrikulasi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh memaklumkan bahawa pelajar yang sudah menerima tawaran itu boleh melakukan semakan status pada Khamis.

"Selepas keputusan Kabinet pada 29 Jun lalu, 1,193 pelajar cemerlang ini diberi peluang untuk diterima masuk ke program pra-universiti.

"Pelajar yang diterima boleh memilih untuk mendaftar dalam program ini atau meneruskan ke laluan lain untuk melanjutkan pelajaran," katanya dalam hantaran Facebook awal pagi Khamis.

BACA LAGI: 'Semoga dia miliki galeri seni sendiri', ibu Zarra tak lokek 'melabur' demi minat mendalam anaknya

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan samun depan stesen minyak KESAS Subang Jaya, 4 suspek tempatan dicekup skuad D9[VIDEO] Cubaan samun depan stesen minyak KESAS Subang Jaya, 4 suspek tempatan dicekup skuad D9

454507963_1016800773156703_2176551338380112718_n

Mesej tawaran yang sudah mula diterima para pelajar cemerlang SPM 2023. — Facebook/Wong

Wong berkata, sebanyak 1,188 daripada 3,000 tempat ditawarkan untuk pelajar bukan bumiputera adalah mereka yang mendapat keputusan 10 A, manakala baki 1,812 buat pelajar kurang 10A.

"Selepas itu, pada 11 Julai lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan di Parlimen bahawa calon SPM 2023 yang mendapat 10A tetapi tidak menerima tawaran menyertai matrikulasi akan menerima surat penerimaan mereka sebelum minggu ketiga Ogos.

"Peringkat kedua kemasukan adalah pada 5 Julai, 400 pelajar dengan 10A menerima tawaran, manakala pada peringkat ketiga, seramai 362 pelajar dengan keputusan sama diterima manakala pada 16 Julai lalu," katanya.

Beliau pada masa sama tidak menafikan bahawa proses kelayakan itu tidak mudah tetapi keputusan Kabinet itu menunjukkan satu kejayaan kecil dalam sistem pendidikan Malaysia.

"Ramai pada mulanya mempunyai keraguan tentang keputusan Kabinet dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Keputusan berani oleh Kabinet kali ini menunjukkan kemajuan yang ketara. Tahniah kepada semua pelajar," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram