KPM gesa semua pihak henti polemik sumbangan sekolah tajaan syarikat minuman keras


  • Primer
  • Selasa, 30 Jul 2024

Gambar yang tular di media sosial sehingga mencetuskan kontroversi.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menggesa semua pihak menghentikan polemik mengenai sekolah vernakular yang menerima dana daripada syarikat minuman keras.

Menterinya, Fadhlina Sidek menjelaskan, keputusan yang diambil semasa perbincangan isu tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) baru-baru ini adalah untuk kepentingan semua pihak.

"Keputusan yang dibuat Kabinet dan kenyataan susulan daripada KPM sendiri sudah jelas mengenai perkara ini. Saya rasa tidak ada apa-apa isu lagi yang berbangkit," jelasnya.

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

Screenshot 2024-07-30 154614

Fadhlina menegaskan semua pihak perlu menghentikan polemik, sebaliknya tumpu kepada isu yang lebih penting.

Beliau mengulas isu mengenai pertikaian berterusan susulan penganjuran program amal di sebuah sekolah yang membabitkan sumbangan daripada syarikat minuman alkohol walaupun keputusan Kabinet telah diputuskan.

"Kita harus menghentikan polemik ini dan memberi tumpuan kepada isu yang lebih penting," tegasnya.

Pada 26 Julai, KPM mengeluarkan kenyataan berkenaan keputusan Kabinet yang membenarkan sekolah vernakular menerima dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan mereka termasuk dari aktiviti yang melibatkan jenama alkohol.

Pendirian itu telah diamalkan oleh beberapa pentadbiran terdahulu tanpa sebarang pertikaian. Namun, Kabinet menegaskan bahawa aktiviti berkaitan jenama alkohol tidak boleh melibatkan pelajar Islam.

Kementerian juga mengesahkan bahawa mesyuarat Kabinet tersebut telah bersetuju untuk mengekalkan garis panduan sedia ada yang melarang aktiviti pengumpulan dana yang memapar dan mempromosikan jenama alkohol di sekolah.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 28 Julai selepas tercetus kontroversi berkenaan konsert amal dan makan malam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min, Sungai Pelek, Sepang, Selangor pada 14 Julai, yang bertujuan untuk membina dewan baharu untuk sekolah tersebut.

Isu itu timbul apabila parti PAS mempersoalkan kehadiran Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu, di majlis tersebut kerana adanya logo syarikat terbabit pada replika cek derma berjumlah RM3 juta.

PAS mendakwa kehadiran tersebut memberi gambaran bahawa pengambilan minuman keras dianggap normal.

Isu itu telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sesetengah pihak berpendapat bahawa peruntukan yang adil untuk semua sekolah boleh mengurangkan keperluan untuk pengumpulan dana sendiri. — The Star/SARBAN SINGH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram