Beli buku murah antara alasan ibu bapa pilih 'homeschool', tapi sukar patah 3 hujah sekolah jadi pilihan pendidikan awal


  • Massa
  • Selasa, 30 Jul 2024

Terdapat segelintir ibu bapa yang memilih 'homeschool' sebagai cara memberikan pendidikan awal kepada anak-anak. — Gambar hiasan/The Star

MENYEDIAKAN pendidikan awal kepada anak antara kewajipan dan bertanggungjawab bagi setiap ibu bapa.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan oleh para ibu bapa selain menghantar anak ke sekolah.

Mengambil kira beberapa faktor, ada segelintirnya memilih cara sekolah di rumah atau homeschooling bagi anak mereka.

BACA LAGI: Penggunaan kod QR di Jabatan Imigresen tingkat kemajuan industri kapal persiaran

BACA LAGI: 'Degree bukan bisnes', pengajian di menara gading pelaburan lahirkan modal insan

2590061

Pendidikan awal di sekolah masih menjadi pilihan terbaik ibu bapa. — Gambar hiasan

Perkara itu bagaimanapun mula menjadi perdebatan ramai apabila timbulnya isu kebimbangan ibu bapa untuk memberhentikan anak di sekolah.

Antara alasan yang dikongsikan di Facebook adalah tidak mahu anak lebih menimba ilmu dunia dan harga buku ilmiah di platform e-dagang lebih murah berbanding dijual di sekolah.

Namun, di sebalik alasan tersebut, kewujudan sekolah masih relevan dan kemungkinan menjadi pilihan utama ibu bapa lain.

1. Bahan digital di sekolah

Pada 3 Julai lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kerajaan mengambil langkah menggunakan bahan digital untuk menggantikan buku teks bagi mengurangkan isu beg sekolah berat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa sama mengumumkan pelaksanaan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) bagi pembelajaran dalam talian secara aktif.

login-delima-kpm

Bahan digital yang kini disediakan pihak sekolah untuk kemudahan guru dan murid.

Dalam pendekatan itu, KPM telah memuat naik sebanyak 788 buku teks sekolah rendah dan buku teks sekolah menengah.

Malah, daripada jumlah itu, sebanyak 580 buah buku telah diindekskan bagi memudahkan carian khusus buat pelajar dan guru.

Lebih menarik lagi apabila pelantar DELIMa itu turut menyediakan 12,762 video pendidikan untuk kegunaan mereka di sekolah.

2. Interaksi rakan sebaya

Menghantar anak ke sekolah kerajaan mahupun swasta secara tidak langsung dapat membantu dalam proses tumbesaran serta perkembangan sosial mereka.

Bukan itu sahaja, memilih sekolah sebagai tempat anak mendapatkan pendidikan awal adalah sangat penting untuk memperbaiki kemahiran interpersonal lebih-lebih lagi di zaman digital ini.

sukan sk btg kali

Aktiviti sekolah yang membantu kemahiran sosial anak-anak. — Gambar hiasan/Facebook

Ia juga dapat membantu anak-anak berkomunikasi, berinteraksi dengan rakan sebaya serta bergaul dengan warga pendidik di sekolah.

Di sekolah juga menyediakan pelbagai aktiviti komuniti seperti hari sukan yang melibatkan semua pelajar sekolah dari semua peringkat termasuk guru.

Selain dapat membantu tahap kecerdasan anak, ia jelas memberi pendedahan awal tentang kehidupan sosial dan persiapan sebelum melangkah ke peringkat dewasa.

3. Disiplin

Antara perbezaan belajar di rumah dan di sekolah adalah sikap atau disiplin anak ketika menuntut ilmu.

Hal ini kerana, di sekolah mempunyai peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi murid dan pelajarnya.

Di sekolah juga mempunyai jadual seperti waktu kelas bermula, waktu rehat dan waktu pulang yang perlu diikut tidak seperti di rumah.

Anak-anak juga dapat mempelajari cara yang lebih teratur dan rapi untuk melakukan sesuatu perkara terutamanya kesalahan sekiranya dihantar ke sekolah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram