KPM desak henti manipulasi isu sumbangan kepada sekolah


  • Primer
  • Sabtu, 03 Ogos 2024

Fadhlina berharap isu itu tidak dibangkitkan lagi dan semua fokus diberikan kepada pembangunan pendidikan yang lebih utama ketika ini. — The Star/LOW LAY PHON

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan agar semua pihak berhenti memanipulasi isu berkaitan penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, isu tersebut telah diselesaikan dan garis panduan Jemaah Menteri mengenai penganjuran dan sumbangan kekal seperti sedia ada, yang melarang promosi minuman keras di sekolah.

Memetik laporan Buletin TV3, Fadhlina berharap isu sedemikan tidak dibangkitkan lagi dan semua fokus diberikan kepada pembangunan pendidikan yang lebih utama ketika ini.

BACA LAGI: Angkara terlalu lapar, remaja berbuih mulut termakan biskut dicampur racun di Kemaman

BACA LAGI: Dakwaan pelajar sekolah hisap vape ‘magic mushroom’, Kelantan tunggu laporan penuh Jabatan Pendidikan negeri

Students using hand sanitizer before entering the school  at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perling, here on Wednesday (June 24). After more than three months being held at home due to the movement control order (MCO) Form Five and Form Six students from 234 secondary schools in Johor have started coming back to school today.

Fadhlina berharap isu itu tidak dibangkitkan lagi dan semua fokus diberikan kepada pembangunan pendidikan yang lebih utama ketika ini.

Kontroversi berkenaaan timbul bulan lalu apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu, menghadiri acara kutipan dana yang melibatkan sumbangan dari syarikat minuman keras.

Sehubungan itu, KPM memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah pada 26 Julai lalu.

Panduan itu antara lain menetapkan bahawa sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memaparkan atau mempromosikan minuman keras dalam kawasan sekolah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram