Menteri, agensi berdepan tindakan disiplin jika guna jentera kerajaan berkempen pilihan raya — PM Anwar


  • Primer
  • Selasa, 09 Jul 2024

Setiap menteri atau agensi diingatkan supaya tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen dalam pilihan raya. — Gambar hiasan

JEMAAH Menteri memutuskan bahawa penggunaan jentera kerajaan oleh mana-mana menteri atau agensi ketika berkempen dalam pilihan raya akan diambil tindakan undang-undang.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti pihak terbabit menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen.

"Sebaik selesai hari penamaan calon, menteri atau timbalan menteri tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan jentera kerajaan dalam kempen. Kalau ada bukti tentunya kita ambil tindakan wajar.

BACA LAGI: Projek tangki air bernilai RM6 juta di USM dijangka siap awal sebulan

BACA LAGI: Lampu hiasan bawah flyover Bandar Saujana Putra arahan YDP, MPKL ambil maklum keresahan penduduk tiada beza dengan lampu isyarat

KUALA LUMPUR, 2 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini.-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar menegaskan perkara itu kepada seluruh menteri dan agensi kerajaan. — The Star

"Saya tidak berdolak-dalik sama ada kerajaan atau pembangkang. Jika ada menteri atau agensi kerajaan gunakan jentera kerajaan, ia sudah langgar komitmen Jemaah Menteri dan tindakan mesti diambil," katanya demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Pendang dari Perikatan Nasional (PN) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Larangan itu juga sememangnya sudah beberapa kali ditegaskan oleh kerajaan setiap kali menjelang pilihan raya.

Ia bertujuan untuk setiap pemimpin politik dapat bertanding dengan adil dan tidak berlaku sebarang pengkhianatan dalam meraih kemenangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram