SIAPA sangka bakat seni yang dimiliki seorang pelajar berusia 16 tahun mampu membolehkan karyanya 'terbang' ke Jepun.
Remaja lelaki itu, Sharvin Naidu Venkataswara Rao sering meluangkan masanya dengan melukis sesuatu perkara sewaktu lapang.
"Saya selalunya akan lukis dalam tiga hingga lima kali dalam seminggu.
BACA LAGI: Gadis kreatif ubah suai pakaian jadi beg, cipta aplikasi untuk jual barangan terpakai
BACA LAGI: Bermula lukis doodle, Puteri Nur Alya kreatif hasilkan mural 3D, raih pengiktirafan MBOR
Lukisan Joker yang dibuat oleh Sharvin.
"Lukisan yang saya selalu buat memang potret sebab saya rasa minat untuk lukis potret.
"Banyak jenis lukisan portet macam lukisan potret sketch, potret guna warna colour pencils dan potret painting," katanya kepada Majoriti.
Sharvin berkata, dia mulai berjinak-jinak dalam lukisan sewaktu berusia 12 tahun gara-gara suka menonton kartun Tom and Jerry.
"Saya suka tengok kartun Tom and Jerry lepas itu cuba untuk melukisnya.
"Ibu saya pun seorang pelukis jadi dia ajar saya untuk melukis sedikit demi sedikit," katanya.
Bakatnya terus diasah sehingga ke besar dengan sering menyertai pelbagai pertandingan seni yang diberitahu oleh guru-gurunya.
Antaranya adalah Pertandingan Bengkel Tunjang Puisi Seni Tampak Sekolah Menengah Peringat kebangsaan 2024 di Port Dickson, Negeri Sembilan, Pameran Studio Seni selain Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal' yang tersenarai dalam The Malaysia Book of Records (MBOR).
Sharvin melukis potret untuk Zainuren Mohd Nor bersempena persaraan beliau.
Tidak hanya itu, dia juga terpilih untuk melukis potret Pengarah Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainuren Mohd Nor.
"KPM suruh saya lukis potret karya berskala besar itu sempena persaraan beliau pada minggu hadapan, rasa seronok sangat dapat peluang sebegitu," katanya kepada Majoriti pada Jumaat.
Lukisan potret bekas ratu United Kingdom, Queen Elizabeth II.
Guru pendidikan seninya, Mohamed Khamidon Sadi turut mengakui melihat Sharvin sebagai seorang yang miliki bakat besar dalam seni.
"Memang kita (guru-guru di sekolah) nampak Sharvin ini sebagai budak yang sangat hebat.
"Bakat dia, memang gifted. Dan the most important, dia ini cepat belajar dan menerima teguran. Itulah sebabnya dia boleh menjadi seorang yang berjaya," katanya.
Karya Sharvin untuk dipertandingkan dalam IFAC, Jepun.
Malah, baru-baru ini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2), Shah Alam, Selangor itu mencuba nasib dengan memasuki pertandingan International Foundation for Arts and Culture (IFAC) Jepun.
Lebih mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut pada tiga peringkat iaitu daerah, negeri dan kebangsaan.
"Saya menang pertandingan itu pada peringkat negeri (johan), menang pada peringkat kebangsaan (top keempat).
"Jadi karya saya kini dibawa ke Jepun untuk dipertandingkan peringkat negara pula. Masih menanti keputusan untuk peringkat negara," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram