Jumpa abu tepi katil, warga emas hilang nyawa kerana rokok di Petaling Jaya


  • 112
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Kebakaran dipercayai berpunca daripada rokok yang terbakar, berdasarkan abu rokok di sekeliling katil mangsa. 

SEORANG wanita warga emas ditemui hampir rentung di atas katil dalam kebakaran di sebuah apartmen di Taman Paramount, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kejadian berlaku sekitar 6.45 petang.

“Kebakaran berlaku di sebuah bilik di unit pangsapuri itu yang dihuni mangsa.

BACA LAGI : [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’

BACA LAGI : [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

“Selain melecur teruk, wanita berusia 62 tahun itu berjalan menggunakan tongkat kerana mengalami patah kaki dua tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada rokok yang terbakar, berdasarkan abu rokok di sekeliling katil mangsa.

“Tiada unsur jenayah berdasarkan siasatan awal dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

“Kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai mangsa menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Safuan Alias ​​di talian 011-10255125 atau 03-77222222,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram