Kanak-kanak hilang, pemilik kafe tawar RM10,000 jika dapat kesan Leo Jia Hui


  • Massa
  • Isnin, 22 Jul 2024

Foto kanak-kanak berusia enam tahun yang tular di media sosial.

SUSULAN kes kehilangan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru baru-baru ini, beberapa pihak tampil menawarkan wang ganjaran kepada mana-mana individu yang berjaya mengesan kanak-kanak berkenaan.

Seorang individu yang dikenali sebagai Phang yang dipercayai pemilik sebuah kafe di negeri itu menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan Albertine Leo Jia Hui, 6.

Dalam tawaran yang dibuat pada 22 Julai menerusi akaun media sosialnya turut meminta orang awam untuk membantu menghebahkan maklumat tersebut.

BACA LAGI: Kanak-kanak 6 tahun hilang ketika hadiri sambutan Bon Odori di Johor

BACA LAGI: 'Cukup-cukuplah', MB Johor tegaskan dakwaan kasino di Forest City fitnah, berniat jahat

Screenshot 2024-07-22 140716

Hantaran yang dibuat oleh individu yang dipercayai merupakan pemilik kafe berkenaan. — Facebook

“Sesiapa yang berjaya menemukan kanak-kanak itu, boleh ke Six Cafe Borneo yang beralamat di Taman Stulang Laut untuk ambil duit RM10,000,” demikian kata tangkap layar hantaran tersebut.

Tambahnya, pihak yang berjaya juga boleh menghubunginya di talian 011-36693611.

Pada 20 Julai, tular beberapa keping foto di media sosial memaparkan kanak-kanak perempuan itu menghadiri Sambutan Bon Odori dengan mengenakan pakaian berwarna putih dan berseluar pendek.

Difahamkan, ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit adalah antara peniaga yang menyertai sambutan berkenaan.

Kanak-kanak itu difahamkan bermain sekitar gerai sebelum dilaporkan hilang.

Polis juga dilaporkan sudah mengerah Unit Pengesan Anjing (K9) untuk mencari kanak-kanak tersebut di lokasi berkenaan.

Majoriti telah menghubungi pemilik kafe tersebut dan dia mengesahkan tawaran itu adalah sah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram