Pemergian Allahyarham Jay Jay kehilangan besar industri muzik tanah air — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Sebelum ini, Jay Jay (kiri) dilaporkan tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani pintasan jantung pada Mei lalu.

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian penyanyi legenda, Jay Jay, 66, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 9.27 malam Ahad.

Menerusi hantaran Instagram, Fahmi berkata, beliau menerima khabar duka ketika menghadiri program Himpunan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil, pada Ahad.

BACA LAGI: Penyanyi Jay Jay hembus nafas terakhir pada usia 67 tahun

BACA LAGI: Sakit kulit dihidapi jadi ilham Sarah bina Cuura, muncul jenama produk kulit sensitif dipercayai pengguna

"Mohd Fauzi Darus atau dikenali sebagai Jay Jay meninggalkan kita buat selamanya.

"Pemergian Allahyarham adalah kehilangan amat besar dalam industri muzik tanah air.

"Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," tulisnya.

Sebelum ini Jay Jay dilaporkan tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani pintasan jantung akibat saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei lalu.

Difahamkan, doktor mendapati ada sesuatu mengganggu saraf otak yang menyebabkan penyanyi itu mengalami angin ahmar buat sementara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram