TINDAKAN seorang atlet gusti wanita China kira-kira dua tahun lepas kembali tular dalam media sosial selepas dia membantu lawannya keluar dari gelanggang selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Atlet gusti China wanita itu, Feng Yongxin dilihat membantu lawannya, Zhala Aliyeva daripada Azerbaijan selepas memenangi aksi gusti gaya bebas.
Video tular itu berlaku semasa Piala Dunia Gusti Gaya Bebas Wanita yang diadakan di Coralville, Amerika Syarikat (AS) pada Disember 2022.
BACA LAGI: Masih kekal badi Darul Makmur, Selangor gagal manfaat peluang kad merah Sri Pahang
BACA LAGI: [VIDEO] 'Isu tunggakan gaji berterusan, pemain import gred A takut nak datang Malaysia'
Chinese Olympian with a strong sense of humanity pic.twitter.com/nTuP0DBhTz
— Joan (@joan_on_x) August 1, 2024
Ketika kejadian, Feng berjaya menewaskan Aliyeva dengan jurang mata yang sangat besar iaitu 14-6 sebelum atlet dari Azerbaijan itu menarik diri akibat kecederaan.
Selepas melihat Aliyeva terbaring di atas lantai sambil memegang buku lali, Feng tidak mampu berduduk diam dan terus pandang ke arah lawannya itu.
Sebaik sahaja Feng diumukan sebagai pemenang dalam aksi tersebut, atlet wanita China itu terus bergegas untuk membantu Aliyeva yang sedang menahan kesakitan.
Tindakan Feng untuk mendukung Aliyeva turun dari gelanggang lawan mendapat penghormatan daripada orang ramai meskipun bukan rakan senegara.
Walaupun dibantu oleh beberapa pegawai kejohanan lain, Feng tetap mahu mendukung Aliyeva sehingga keluar gelanggang.
Untuk rekod dalam kejohanan itu, skuad wanita China berjaya mendapat tempat kedua Piala Dunia Gusti Gaya Bebas Wanita 2022 dikuti Mongolia di tempat ketiga dan Ukraine sebagai juara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram