PENYANYI popular, Jay Jay, 67, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thompson Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad malam.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook rakan Allahyarham yang dikenali sebagai Rahman Ali.
Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus difahamkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 malam.
Jenazah Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Carefree itu sedang diuruskan oleh pihak keluarga di hospital.
Pelantun lagu Joget Angan Tak Sudah itu pernah menjalani pintasan jantung akibat saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei lalu.
Jay Jay dilaporkan tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.
Difahamkan, doktor mendapati ada sesuatu mengganggu saraf otak yang menyebabkan penyanyi itu mengalami angin ahmar buat sementara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram