SELEPAS pelbagai keluhan disebarkan di media sosial, pihak berbankan Maybank akhirnya memberi maklum balas terhadap gangguan sistem yang berlaku pada tengah malam Jumaat.
Dalam kenyataannya menerusi Twitter (X), masalah tersebut sudah diselesaikan dengan pantas oleh Maybank pada pukul 1.40 pagi Sabtu.
"Dimaklumkan bahawa anda kini boleh melakukan transaksi seperti biasa di laman web Maybank2U, aplikasi MAE, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan Terminal Layan Diri (SSTs).
"Terima kasih kerana sabar dan memahami keadaan," katanya.
BACA LAGI: Maybank2U, MAE antara perkhidmatan dijadual tergendala 14 Januari depan
Tangkap layar video kesesakan yang berlaku di parkir sebuah pusat beli-belah disebabkan masalah itu. — Twitter
BACA LAGI: Penyewa dari neraka tinggalkan bil elektrik tinggi, TNB perjelas tiada hak buat pemotongan
Sebelum ini, kecoh di media sosial dengan pelbagai keluhan pengguna bank tersebut kerana tidak dapat melakukan sebarang transaksi dan pembayaran di kala sedang sibuk membeli-belah barang keperluan Aidilfitri.
Situasi itu sekali gus mengundang kekecewaan rata-rata pengguna sehingga menyebabkan kesesakan di laluan keluar masuk pasar raya.
Menerusi hantaran pengguna X @tghanaatiana, orang ramai dilihat tidak boleh keluar daripada tempat parkir.
"Apalah masalah Maybank ni. Asyik offline ketika waktu suntuk. Tengok apa jadi dalam pusat beli-belah. Motosikal dan kereta tersangkut tak boleh keluar.
"Berkicap tunggu. Solusi dia memang mereka buka palang bagi keluar percuma," luahnya.
Bukan itu sahaja, ada juga yang terpaksa menggunakan wang secara tunai yang sepatutnya digunakan pada waktu raya ketika membeli baju di sebuah butik.
"Ada makcik beli baju total RM500 sebab Maybank masalah dan tak ada kad lain. Makcik tu keluarkan duit RM1 dan RM5 macam baru lepas tukar duit raya di bank. Berkicap member kira sampai RM500," kongsi @HermahNor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram