PENGGUNA Maybank bakal berhadapan dengan gangguan terhadap perkhidmatan disediakan bank tersebut pada 14 Januari ini ekoran pelaksanaan penyelenggaraan sistem berjadual bank tersebut pada hari berkenaan.
Menerusi notis dimuat naik di Maybank2U, ia memaklumkan antara perkhidmatan yang akan tergendala adalah laman Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz.
BACA LAGI: Penyewa dari neraka tinggalkan bil elektrik tinggi, TNB perjelas tiada hak buat pemotongan
Pada hari tersebut, perkhidmatan terlibat akan tidak boleh diakses buat sementata waktu antara pukul 3 hingga 6 pagi.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku dan pihak Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
BACA LAGI: LBS jangka 2024 tahun positif raih sasaran jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion
Untuk maklumat lanjut atau sebarang bantuan, pengguna boleh terus menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram