Selamatkan Albertine, MB jumpa pucuk pimpinan polis Johor


  • Primer
  • Khamis, 25 Jul 2024

Onn Hafiz (kanan) mengucapkan penghargaan atas usaha polis Johor menjejaki Albertine (gambar kecil) yang sudah ditemui.

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz meluangkan masa bertemu pucuk kepimpinan polis di negeri tersebut untuk meluahkan rasa penghargaannya terhadap usaha menjejaki kanak-kanak enam tahun yang hilang sebelum ini, Albertine Leo Jia Hui.

Dalam satu hantaran di Facebook, pertemuan itu dibuat bersama beberapa anggota dan pegawai, termasuk Ketua Polis Johor, Assisten Komisoner M Kumar di Pusat Temudaga Kanak-Kanak (CIC) di Gelang Patah, Johor pada Khamis.

"Terima kasih Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Bagi menghargai usaha PDRM mencari dan menyelamatkan adik Albertine Leo, saya sudah berjumpa Ketua Polis Johor secara peribadi bagi menyatakan penghargaan.

BACA LAGI: 'Kualiti' lelaki Malaysia sebagai pelindung dipertikai, punca kes remaja perempuan hilang meningkat — Kamal Affandi

BACA LAGI: Polis tahan 3 suspek bantu siasatan kes budak hilang di Johor

WhatsApp Image 2024-07-25 at 5.43.32 PM

Albertine ditemui di sebuah hotel bajet sekitar Batang Kali, Selanhor selepas kira-kira 56 jam disedari hilang ahli keluarganya.

"Pihak polis masih menyiasat kes ini. Bagaimanapun, suka untuk saya kongsikan bahawa adik Albertine Leo berada dalam keadaan baik dan selamat dalam pangkuan tersayang.

"Dedikasi dan komitmen pihak polis adalah lambang keikhlasan mereka dalam menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara ini," katanya.

Albertine Leo disedari hilang oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu lalu di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor.

Ketika itu, kanak-kanak perempuan berkenaan difahamkan berseorangan ketika keluarganya sedang mengusahakan perniagaan pada festival Bon Odori.

Dia kemudian ditemui dalam keadaan selamat di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor pada pukul 4.45 pagi Selasa selepas kira-kira 56 jam hilang.

Sejak itu, seramai lima suspek sudah ditahan, termasuk seorang lelaki berusia 31 tahun yang berada dalam hotel ketika Albertine ditemui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram