PERMOHONAN MyKid akan dibuka semula di seluruh Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bermula 29 Julai nanti.
JPN memaklumkan, permohonan itu ditangguhkan sementara sebelum ini susulan kekurangan bekalan cip untuk kad MyKid.
"Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai sehingga 31 Oktober ini. Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai sehingga 31 Oktober ini. — The Star
Menurutnya, individu yang sudah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit tetapi cetakannya ditangguhkan boleh membuat pengesahan di portal rasmi JPN sebelum hadir membuat kutipan di pejabat JPN yang dipilih.
JPN juga memberitahu, kerjasama pemohon berkenaan diperlukan bagi memastikan MyKid yang dicetak dituntut sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan pihak kerajaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram