AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijangka menerima kapal Ex-United States Coast Guard Cutter (Ex-USCGC) Steadfast selepas proses persediaan di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) selesai dan dibawa pulang ke Malaysia pada suku tahun pertama 2025.
Pemangku Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, penyerahan kapal berkenaan bakal menjadi aset penting bagi memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia khususnya di Laut China Selatan.
"Pertambahan aset itu secara tidak langsung dapat memperluaskan lagi operasi dengan lebih berkesan dan efektif," katanya pada Sabtu.
BACA LAGI: Pengasuh dera bayi 2 bulan sampai patah kaki di JB bebas dengan jaminan polis
APMM akan menerima aset penting bagi memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia khususnya di Laut China Selatan. — The Star
Saiful Lizan berkata, kapal berukuran panjang 64.16 meter (m) itu mempunyai kelebaran 10 m serta berat 1,100 tan dan boleh mengisi kapasiti 12 pegawai serta 63 anggota lain-lain pangkat dalam satu masa dengan kelajuan mencecah hingga 18 knot.
Beliau pada masa sama memberi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas persetujuan kedua-dua pihak antara kerajaan Malaysia dan AS melalui Surat Setuju Terima (LOA) untuk penyerahan kapal itu.
Dalam pada itu, beliau berkata, proses pengeluaran tander kapal induk APMM dengan peruntukan sebanyak RM330 juta dijangka dimuktamadkan sebelum penghujung 2024 ini.
Katanya, spesifikasi kapal tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada hujung Ogos, manakala sebelum dan menjelang suku pertama tahun depan akan mula dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik.
"Bagi menjadikan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) sebagai pusat kecemerlangan antarabangsa, pihak kami melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti berkenaan bermula tahun lepas dengan nilai peruntukan keseluruhan RM1.3 juta.
"Sejumlah RM11 juta juga sudah diperuntukkan kepada AMSAS di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi menaik taraf lapang sasar terbuka yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram