Mangsa pertama bot nelayan karam Tanjung Segenting ditemukan lemas


  • 112
  • Ahad, 23 Jun 2024

Mayat Kah Chong dihantar ke HSNI, Batu Pahat. — Facebook/APMM

SEORANG daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot pukat tunda dinaiki bersama empat yang lain karam perairan Tanjung Segenting, Batu Pahat, Johor ditemukan meninggal dunia.

Mayat Chiah Kah Chong, 53, yang juga tekong bot, ditemui nelayan yang kebetulan melalui lokasi terbabit, pukul 7 malam Sabtu.

Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mayat dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Johor.

BACA LAGI: Bot nelayan karam Segenting: Peluang masih hidup tetap ada — Maritim

BACA LAGI: [VIDEO] 'Hadiah perkahwinan', pengantin lelaki kena beduk abang ipar sejurus akad nikah lepas kantoi buat ugutan bunuh

APMM

Seorang mangsa Chiah Kah Chong, 53, ketika diusung oleh anggota Maritim Malaysia. — Facebook/APMM

Penemuan mayat lelaki itu meninggalkan hanya tiga nelayan lain, iaitu Lee Poh Ling, 68, Tan Hai Lian, 62, dan Daud Darus @ Hamid, 53, masih hilang.

Terdahulu, empat orang nelayan lelaki warga tempatan dilaporkan hilang dan seorang mangsa berjaya diselamatkan apabila bot nelayan yang dinaiki mereka tenggelam akibat cuaca buruk.

Tambah Mohd Haniff, kepekaan masyarakat terhadap faktor ombak besar serta keadaan cuaca penting sebelum melakukan aktiviti di laut.

Beliau memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan mangsa berkenaan boleh menghubungi talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram