DUA buah kapal dagang dilaporkan berlanggar pada kedudukan 25 batu nautika timur laut, Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul 6.55 pagi Jumaat.
Pemangku Ketua Pengarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pihaknya mengaktifkan misi mencari dan menyelamat selepas perlanggaran dua kapal itu di Tanjung Balau.
“Usaha mencari dan menyelamat dilancarkan bagi mencari anak-anak kapal yang hilang dalam perlanggaran itu,” katanya.
BACA LAGI: Bot nelayan karam Segenting: Peluang masih hidup tetap ada — Maritim
Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kemalangan pukul 9.50 pagi.
Pemangku Ketua Pengarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pihaknya telah mengaktifkan misi mencari dan menyelamat selepas perlanggaran dua kapal di Tanjung Balau. — The Star
“Misi ini sedang giat diteruskan dan satu sidang media akan diadakan pada hari Sabtu bagi memberikan perkembangan lanjut mengenai kejadian tersebut,” tambah Saiful Lizan.
Beliau juga berkata, Jabatan Alam Sekitar telah dimaklumkan tentang kejadian itu untuk tindakan lanjut jika berlaku tumpahan minyak. — The Star/YEE XIANG YUN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram