Kuota Bumiputera di kolej matrikulasi kekal — Fadhlina


  • Primer
  • Ahad, 30 Jun 2024

Fadhlina mengatakan yang kuota Bumiputera di kolej matrikulasi tidak akan terjejas.

JAMINAN kuota bagi pelajar Bumipetera di kolej matrikulasi masih lagi terjaga walaupun ia dibuka buat semua kaum selepas ini.

Itu adalah jaminan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang kolej matrikulasi akan menerima pelajar dari pelbagai kaum yang berjaya meraih 10A dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke institusi tersebut.

Kata Fadhlina, jamin tersebut diberikan oleh Anwar sendiri dan dia serta Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan memastikan ia berjaya dilaksanakan.

BACA LAGI: Semua pelajar SPM 10A dan ke atas dijamin tempat di matrikulasi — PM Anwar

BACA LAGI: 'Modify' sampai mampu isi 200 liter bahan api, 90 peratus kenderaan disita di Kelantan ubah suai tangki

449193294_1013397100789009_6879679099742634734_n

Fadhlina (dua dari kanan) berharap pelajar cemerlang SPM dari semua kaum memperoleh peluang menyambung pelajaran.

"Jadi, inilah satu jaminan pendidikan yang diberikan oleh PM (Perdana Menteri) sendiri dan saya bersama Menteri KPT akan bersama meneliti perkara ini.

"Kita akan susul tindak dengan pengumuman lain bagi menjamin pendidikan semua pihak tanpa kira latar belakang dan kaum. Kita harapkan dengan jaminan ini tiada kegusaran, terutama kuota (Bumiputera) dikekalkan," ujar Fadhlina.

Dalam masa yang sama, Fadhlina mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas pengumuman tersebut. Hal ini kerana, ia sedikit sebanyak membuka jalan kepada pelajar cemerlang dari pelbagai kaum meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman yang amat penting dan cukup signifikan, terutamanya dalam menjamin pelajar cemerlang SPM tahun ini untuk menyambung pengajian mereka," kata Fadhlina. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram