Lepas PMX, hantaran ucapan takziah Muhyiddin buat pemimpin Hamas pula kena padam Meta


  • Massa
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Meta telah menurunkan hantaran ucapan takziah Muhyiddin kepada Allahyarham Ismail yang ditulis di Facebook.

HANTARAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Facebook membuat ucapan takziah terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh turut diturunkan pihak Meta Platforms Inc (Meta).

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kelapan memaklumkan perkara tersebut melalui Facebook peribadinya pada Khamis.

"Admin Facebook telah menurunkan hantaran ucapan takziah kepada Almarhum Ismail Haniyeh.

BACA LAGI : Meta, usah jadi bacul dan perkakas rejim Zionis — PM Anwar

BACA LAGI : Unit Media PM kutuk Meta padam gambar pertemuan Anwar-Ismail di Doha

"Tiada maklumat lanjut diberikan," katanya

Pada masa sama, Muhyiddin turut berkongsi tangkap layar pemberitahuan Meta berkaitan sekatan berkenaan.

Abah

Muhyiddin turut berkongsi tangkap layar pemberitahuan Meta berkaitan sekatan berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Meta yang menghalang selain menurunkan kandungan berhubung pembunuhan Almarhum Ismail.

Dalam kandungan yang dimuat naiknya itu, Anwar menzahirkan ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan kejam tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Pada masa sama, kenyataan tersebut memaklumkan, beliau memberi peringatan kepada pihak Meta untuk tidak bersikap pengecut dan perkakas rejim Zionis Israel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram