Mahu jadikan surau sebagai pusat komuniti, SGR pelawa penaja melalui program golf amal 'Chip In for Charity'


  • Massa
  • Selasa, 30 Jul 2024

Program golf amal anjuran SGR yang terbuka untuk semua individu dan syarikat pada 13 Oktober nanti di Cyberjaya.

SATU program golf amal 'Chip In for Charity' akan dilaksanakan di Surau Garden Residence (SGR) bertujuan untuk mengutip dana pembangunan di samping mengeratkan silaturahim kariah melalui sukan.

Dana tersebut pula diperlukan bagi menambah baik struktur bangunan sekali gus persediaan menaik taraf sebagai surau solat Jumaat.

Pengerusi Surau SGR, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, selain menyemarakkan lagi semangat umat Islam untuk beribadah, pihaknya juga berhasrat untuk menjadikan surau itu sebagai pusat komuniti terutama buat penduduk di kawasan tersebut.

BACA LAGI: 'Semoga ada tempat perlindungan himpun golongan terabai', ramai simpati remaja OKU dibuang keluarga di KL

BACA LAGI: Pakar patologi forensik bakal beri keterangan laporan bedah siasat kes kematian kadet TLDM

6145660380656025730

Kategori pakej penaja yang ditawarkan oleh pihak SGR.

Abdul Karim berkata, pihak surau bukan kali pertama melaksanakan program amal sedemikian malah sudah mula aktif menganjurkan beberapa aktiviti sejak 2020.

Katanya, antara aktiviti komuniti yang pernah dilakukan bersama ahli-ahli surau serta penduduk sekitar adalah sukan berbasikal dan kumpulan motosikal kuasa tinggi.

Menurutnya lagi, ilham mahu menganjurkan program golf amal tercetus selepas menerima sambutan hangat dan berjaya menarik minat orang ramai untuk menyertai sukan terbabit.

"Ramai yang sokong aktiviti surau dan sesetengah kariah beri idea dan cadangan untuk lakukan program golf beramai-ramai sebab ada individu tak mampu memberi derma secara individu.

"Surau ni juga selain jadi tempat ibadah, ia boleh jadi pusat komuniti untuk menyatukan penduduk," katanya kepada Majoriti.

skysports-golf-golf-ball-driver_6384067

Anjuran program golf amal tercetus selepas menerima sambutan hangat dan berjaya menarik minat orang ramai untuk menyertai sukan terbabit. — Gambar hiasan

Beliau berkata, langkah itu diambil ekoran pertambahan dan kepadatan penduduk di kawasan itu.

Menurut beliau, pihaknya dalam usaha mengumpulkan baki dana yang diperlukan untuk fasa akhir bagi memuatkan 450 ke 500 jemaah.

"Kami sasarkan 120 peserta akan sertai program ini sebab kami perlukan lagi anggaran kira-kira RM200,000 hingga RM300,000," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, program yang dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober nanti di Kota Seriemas Golf dan Country Club itu turut menawarkan 3 pakej penajaan.

Antara agihan pakej yang disediakan adalah Premier, Gold dan Silver.

1. Pakej Premier berharga RM10,000: (x3) 1x flight, 1 tiket VIP makan tengah hari, ‘booth’, nama penaja di cetak di ‘banner’ dan barangan promosi.

2. Pakej Gold berharga RM7,000: (x3) 1x flight, 1 tiket VIP makan tengah hari, ‘booth’ dan nama penaja di cetak di ‘banner’.

3. Pakej Silver berharga RM5,000: (x4) 1x flight, 1 tiket VIP makan tengah hari, ‘booth’ butiran penganjuran bolehlah dirujuk kepada poster yang dilampirkan.

Sementara itu, program itu juga dijalankan di bawah penaung Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abdul Halim.

Abdul Karim pada masa sama sukacitanya mengucapkan penghargaan kepada pihak KBS yang turut sama memberi peruntukan dalam usaha itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram