Hadiah hari jadi paling bermakna — Winnie Ng


  • Podium
  • Khamis, 25 Jul 2024

Barisan pemenang bagi kejohanan RSGC Ladies Amatuer Open 2024.

PEMAIN golf negara, Winnie Ng Yu Xuan berjaya merangkul gelaran juara dalam Piala Tuanku Bahiyah bagi Kejohanan RSGC Ladies Amateur Open 2024 yang berlangsung di Selangor Golf Kuala Lumpur.

Kejohanan yang bermula pada 23 hingga 25 Julai itu menyaksikan beberapa negara turut mengambil bahagian antaranya Singapura, Pakisan, Australia, India, Jepun dan Korea.

Menariknya, pemain yang berusia 23 tahun itu turut mengetepikan cabaran dari rakan sepasukan antaranya Wang Xin Yao, Sohniya Chandra Mohan, Pang Hee Jie dan Siti Nur Husna dalam saingan Divisyen 1 bagi Top 12 54-Hole.

BACA LAGI: Pengenalan akademi kedi pertama negara tingkatkan reputasi sukan golf negara — Presiden AGM

BACA LAGI: Trio golfer wanita negara mahu 'tawan' bumi New Zealand

WhatsApp Image 2024-07-25 at 15.51.52 (1)

Pemain amatur negara, Winnie Ng muncul juara bagi Piala Tuanku Bahiyah.

Lebih manis lagi, kemenangan itu merupakan hadiah yang paling berharga buat pemain muda negara tersebut.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini kerana 19 Julai lalu merupakan hari lahir saya.

"Jadi, saya anggap kemenangan ini sebagai hadiah paling berharga," katanya kepada Majoriti.

Meskipun berjaya mengetepikan cabaran dari 12 pemain termasuklah rakan sepasukan, Winnie tetap merendah diri dan mahu mengekalkan momentum positif.

"Bagi saya, pesaing terdekat ketika ini jika melihat kepada ranking ialah Ng Jing Xuen.

"Saya tidak meletakkan sasaran tapi setiap kejohanan yang saya ikuti, saya hanya akan mahu melakukan yang terbaik dan kekal berdisiplin," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram