PAKAR perunding patologi forensik, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh akan hadir dalam perbicaraan kes saman sivil dikemukakan keluarga pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam yang meninggal dunia ketika menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut, Perak empat tahun lalu.
Abang mendiang, Charles Joseph, 38, berkata, Dr Bhupinder akan memberi keterangan terhadap laporan bedah siasat mangsa ketika perbicaraan di Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada Mac 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mula mendengar kes saman selepas kes itu diputuskan sebagai kes homisid.
BACA LAGI: Kematian kadet TLDM, Soosaimanicckam kerana dinafi rawatan perubatan — Mahkamah Tinggi
BACA LAGI: Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan
Selepas beberapa penelitian, Mahkamah Sesyen kemudiannya memutuskan punca kematian Soosaimanicckam semasa menjalani latihan pegawai kadet di KD Sultan Idris pada 19 Mei 2018 adalah disebabkan edema pulmonari.
Berdasarkan laporan, Ainul Shahrin berkata, si mati telah pengsan, dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, dan disahkan meninggal dunia.
TLDM pula memaklumkan Pegawai Kadet Graduan (PKG) itu mengadu sakit dada dan sesak nafas di blok penginapannya pada pukul 12.20 tengah hari selepas selesai menjalani latihan fizikal yang menjadi rutin harian pelatih.
Dia kemudian diberi bantuan pernafasan dan rawatan lanjut oleh seorang doktor, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 petang.
Zaid Malek yang mewakili keluarga Soosaimanicckam, Evangelin Simon Silvaraj pada ketika itu memanjatkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah selepas meneliti proses kejadian tersebut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram