SERAMAI empat individu cedera selepas dirempuh penunggang motosikal yang dinaiki dua lagi pembonceng di sebuah stesen minyak di Go Dau, Tay Ninh, Vietnam pada Jumaat.
Kejadian itu membabitkan dua pelanggan yang sedang mengisi minyak motosikalnya di lokasi kejadian.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV), sebuah motosikal lain yang dinaiki tiga individu secara tiba-tiba datang dari arah belakang dan merempuh dua pelanggan terbabit.
BACA LAGI: 'Caddy' wanita cedera teruk dipercayai terkena bola golf
BACA LAGI: Bapa Baby Syifaa tak mengaku salah seleweng RM67,000
Kejadian di luar negara.
Pemandu motorsikal hilang kawalan dan melanggar seorang pelanggan di stesen minyak.
Nasib tiga mangsa yang terlibat tidak diketahui.#Mynewshub pic.twitter.com/fmaKlyidu9
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 13, 2024
Dalam video sama, kelihatan seorang daripada pelanggan itu tercampak bersama tiga individu manakala seorang lagi pelanggan sempat mengelak dan melarikan diri.
Motosikal dinaiki tiga individu berkenaan turut merempuh sebuah tiang pam minyak berkenaan.
Keempat-empat mangsa juga dilaporkan tidak sedarkan diri dan cedera parah di beberapa anggota badan sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, polis daerah Go Dau mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan terhadap punca kejadian tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram