Keadaan Pasar Datuk Keramat terlalu daif, perlu diambil perhatian — PM Anwar


  • Primer
  • Jumaat, 26 Jul 2024

DBKL digesa untuk menyelesaikan kemelut pembangunan semula Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang dilihat daif. — Gambar Hiasan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa untuk menyelesaikan kemelut pembangunan semula Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang dilihat daif, lapor Buletin TV3.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan itu harus disegerakan ekoran daripada kawasan itu dilihat daif ekoran daripada projek yang tertangguh kira-kira enam tahun itu.

"DBKL telah memberikan kawasan berkenaan kepada syarikat pemaju untuk menaiktaraf pasar terbabit, namun ia gagal dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

BACA LAGI : Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan

BACA LAGI : Kerajaan peruntuk RM1.9 bilion naik taraf, selenggara sekolah di seluruh negara

“Jadi, saya fikir perlu ambil perhatian terhadap Pasar Datuk Keramat itu kerana keadaannya sangat daif.

“Saya sudah maklumkan kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar DBKL Datuk Seri Kamarulzaman Mat Sallleh untuk ambil perhatian terhadap perkara berkenaan,” katanya pada Jumaat.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar berkata, pembangunan itu harus disegerakan ekoran daripada kawasan itu dilihat daif ekoran daripada projek yang tertangguh kira-kira enam tahun itu.

Sementara itu, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi ketika ditemui berkata, syarikat pemaju terbabit tidak melaksanakan projek naiktaraf pasar berkenaan.

Katanya, apabila syarikat pemaju tidak melaksanakan projek terbabit, pihak DBKL tidak boleh meneruskan projek berkenaan disebabkan syarikat pemaju itu sudah membayar kira-kira 10 peratus nilai tanah di kawasan pasar itu.

“DBKL sebelum ini telah menjual tanah di kawasan itu kepada syarikat pemaju yang mahu membangunkan pasar berkenaan.

“Selepas saya jadi wakil rakyat semula di kawasan berkenaan saya desak DBKL untuk tebus semula kawasan berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Johari turut memaklumkan pihak DBKL sudah menyelesaikan isu terbabit setakat ini.

Katanya, syarikat pemaju itu sudah mengembalikan semula kawasan tanah berkenaan kepada DBKL dan syarikat pemaju sudah mengambil semula wang pendahuluan mereka.

“Kini terpulang kepada DBKL untuk menguruskan dan menaiktaraf pasar berkenaan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram