Kerajaan peruntuk RM1.9 bilion naik taraf, selenggara sekolah di seluruh negara


  • Primer
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.9 bilion bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara bermula tahun depan. — Gambar hiasan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan menyediakan sejumlah RM1.9 bilion untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara bermula tahun depan.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pada Jumaat.

Katanya, ia merangkumi RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

"Sebanyak RM1 bilion pula adalah untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah Tamil dan Cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram