CIMB Bank Bhd mengumumkan bahawa ia akan berhenti menawarkan perkhidmatan utama tertentu dalam aplikasi perbankan mudah alih CIMB Clicks, dengan penamatannya dilakukan secara berperingkat bermula pada Ogos ini.
Ciri pertama yang akan dinyahaktifkan pada Ogos adalah tambah nilai mudah alih, bersama-sama dengan perkhidmatan meletakkan dan mengeluarkan e-Deposit Tetap.
Kemudian pada September, pemindahan Duitnow QR dan pemindahan asing (kedua-duanya iaitu SpeedSend dan Foreign Telegraphic Transfers) bakal ditamatkan.
BACA LAGI: Definisi kesalahan buli siber perlu jelas, elak disalah guna untuk kepentingan politik
BACA LAGI: Deklarasi Beijing bukan yang pertama, Fatah-Hamas sukar bersatu angkara kuasa dan provokasi
Akhirnya pada Oktober, pembayaran bil melalui Jompay dan penerimaan ganjaran melalui Tawaran CIMB akan turut dihentikan dalam aplikasi.
Ciri-ciri ini bagaimanapun masih akan tersedia pada aplikasi CIMB Octo, yang menggantikan aplikasi sebelumnya.
CIMB Octo boleh didapati di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Langkah terbaharu itu dilaksanakan selepas bank terbabit mengumumkan pada akhir Mei bahawa CIMB Clicks akan dihentikan pada 11 Jun.
Selepas tarikh tersebut, aplikasi CIMB Clicks masih boleh digunakan oleh pelanggan namun, ia telah dinyahsenarai daripada ciri aplikasi mudah alih.
Pengguna yang memuat naik aplikasi tersebut sebelum 11 Jun boleh terus menggunakannya untuk transaksi perbankan dalam talian sehingga pemberitahuan lanjut daripada bank. — The Star/CHRISTOPHER FAM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram